Tindakan
tiga Ahli Dewan Negeri Selangor mencadangkan Enakmen Agama Bukan
Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988
dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga merupakan bukti
jelas fahaman liberalisme yang dibawa oleh pakatan pembangkang sudah
menular di negara ini.
Kononnya
enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Fasal 11 Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama bagi orang bukan Islam
sebenarnya mempunyai agenda jahat yang lebih halus dan
licik.
Bunyinya macam menjaga hak asasi beragama bagi orang bukan Islam tetapoi hakikatnya adalah untuk melemahkan perundangan Islam di negeri Selangor.
Sub-seksyen
9 kepada enakmen 1988 itu menyatakan, seseorang didapati bersalah
jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam
atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana
majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan
yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau
tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan “Allah”
atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa,
Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan
fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang
berkaitan dengan agama bukan Islam.
Apa
makna jika subseksyen ini berjaya dipinda pada persidangan DUN akan
datang?
Ini
bermakna orang bukan Islam akan bebas menggunakan apa sahaja
istilah-istilah yang berkait rapat dengan Islam seperti kalimah
Allah.
Sememangnya
sasaran tersebut adalah kepada kalimah Allah yang diperjuangkan
bermati-matian oleh gereja Kristian Katolik di negara ini dengan
mendapat sokongan pakatan pembangkang.
Yang
akan membawa cadangan itupun terdiri daripada tiga Adun kafir
daripada Dap dan PKR dan ini jelas membuktikan persekongkolan pakatan
pembangkang dan pihak gereja untuk menyerang Islam menjelang Pilihan
Raya Umum ke 14.
Pelan mereka ialah untuk mengasak perundangan Islam di seluruh negara dengan cuna mempertikaikan enakmen-enakmen Islam tertentu.
Mereka
juga cuba menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat bukan Islam
bahawa orang Melayu dan undang-undang Islam menindas mereka.
Persoalannya
apabila cadangan ini dikemukakan kelak apakah tindakan dan respon
exco Selangor dari Pas yang menjaga hal ehwal agama Islam dan juga
semua Adun dari parti itu dan juga PKR?
Jika
mereka menentangnya ia akan menyebabkan pergolakan baru di kalangan
tiga parti pembangkang itu.
Jika
semuanya bersetuju sahlah pakatan pembangkang adalah anti-Islam dan
anti-Melayu.
Adalah
mereka sanggup dilabel demikian dan rela mengorbankan undi orang
Melayu pada PRU14 nanti.
Ini adalah satu risiko politik yang maha besar yang dihadapi oleh pembangkang jika ia mahu terus relevan dalam arena politik di negara ini.
Apa
yang menarik, apakah pandangan tokoh-tokoh besar Pas seperti Nik Aziz
Nik Mat yang seringkali menyebelahi fahaman liberalisme dan
pluralisme yang disebarkan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.
Jika
Pas menyokong cubaan tiga Adun itu untuk meminda enakmen tersebut
maka eloklah parti itu membuang sahaja perkataan Islam dan tukar
parti itu sepenuhnya kepada perjuangan sekular.
Pembangkang
dan pihak gereja cuba menggunakan insiden rampasan 300 naskah Alkitab
berbahasa Melayu oleh pihak JAIS sebagai alasan untuk terus menyerang
Islam.
Mereka
tahu perkara ini akan berdepan dengan kekalahan kerana hal ehwal
Islam dan asat istiadat Melayu terletak di bawah hak mutlak Sultan
Selangor.
Apa
sahaja pindaan pada mana-mana enakmen yang berkaitan Islam perlu
mendapat persetujuan Sultan sebagai ketua agama negeri dan juga
Majlis Agama Islam Selangor.
Pembangkang
tahun usaha mereka akan gagal tetapi mereka mahu mengukur sejauh mana
keperihatinan orang Melayu dan umat Islam.
Pembangkang
dan pihak gereja akan menggunakan apa sahaja helah beralasan akal
fikiran dan logika mereka untuk menggusutkan fikiran umat Islam di
negara ini.
Mereka
juga mahu menghasut penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha juga
berbuat tindakan yang sama.
Strategi ini bertujuan untuk menekan kerajaan sehabis mungkin supaya perdana menteri akan tunduk kepada semua tuntutan mereka.
Tidak
mustahil puak-puak gereja ini juga akan membawa bantahan mereka
kepada pihak Vatican di Rom jika usaha mereka gagal.
Ini
akan meletakkan isu ini di bawah teropong antarabangsa dan seterusnya
menambahkan lagi tekanan terhadap kerajaan.
Agendanya
satu sahaja iaitu untuk menukar corak pemerintahan ini daripada
sistem beraja kepada bentuk republik di mana Islam dan Melayu tidak
lagi mempunyai kedudukan atau status istimewa.
No comments :
Post a Comment