Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 27, 2014

FOTO-FOTO MELAMPAU & TAK SENONOH HIMPUNAN PAKATAN PEMBANGKANG DI SUNWAY, SEBERANG JAYA.

Seperti dijangka, himpunan yang dikelolakan oleh Pakatan pembangkang di Sunway, Seberang Jaya tidak mendapat sambutan daripada rakyat.


Yang lebih memalukan ialah himpunan yang tidak mendapat sambutan itu tersebut diadakan di Parlimen Permatang Pauh di mana ahli parlimennya ialah Anwar Ibrahim.

Semua orang tahu tujuan himpunan Pakatan pembangkang itu. Ianya untuk cuba menandingi kebangkitan rakyat yang ramai hadir semasa Himpunan menentang kebiadapan ADUN PKR Machang Bubuk. Tempatnya pun sama dengan himpunan minggu lepas. 

Sudah tentu media-media pembangkang akan berbohong mengatakan kehadiran 'sangat menggalakkan'. Tetapi sebaliknya berlaku. Memang sungguh memalukan, lebih-lebih lagi ianya di adakan di kawasan parlimen Anwar Ibrahim.

Apakah Anwar sudah hilang aura beliau walau pun di kawasan parlimen beliau sendiri?

Bukan sahaja kedatangan sungguh memalukan tetapi begitu juga aksi-aksi tidak senonoh penyokong-penyokong Pakatan pembangkang.



Bukan itu sahaja, sikap mereka sama sahaja dengan pemimpin PKR dari Machang Bubuk iaitu biadap dan penghinaan melampau terhadap Perdana Menteri Malaysia.


Yang memalukan juga ialah aksi penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang yang turut membawa bendera negara Jepun.

MiM difahamkan tindakan mereka untuk meredakan marah rakyat terhadap tindakan bodoh penyokong-penyokong Shamsul Iskandar AMK dan Pakatan pembangkang yang membakar bendera Jepun tempoh hari.


Mujurlah penyokong-penyokong Pakatan pembangkang di Sunway, Seberang Jaya tidak membakar bendera Jepun kerana menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar, membakar bendera negara Jepun hanyalah 'insiden kecil' sahaja. Baca Sini


Anda baca jawapan balas terhadap tohmahan terhadap UMNO :KLIK SINI 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.