Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 3, 2014

Rampasan Bible, UMNO Selangor Gagal Melihat Rancangan Sebenar Pakatan Rakyat!


JAIS yang berada di bawah kuasa DYMM Sultan Selangor, sekali lagi menjadi mangsa serangan Pakatan Rakyat. Exco Agama Islam Selangor, Sallehin Mukyi dari PAS, kesal dengan tindakan JAIS menyerbu dan merampas 47 naskhah Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab dari pejabat The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya.

Pada masa yang sama, UMNO Selangor dan UMNO Shah Alam merancang hendak mengadakan demonstrasi aman di hadapan Gereja Khatolik Assumption, Jalan Templer, Petaling Jaya pada 5 Januari nanti. Laporan polis telah dibuat oleh seorang jemaah gereja kerana bimbang, demonstrasi tersebut akan merosakkan gereja.

Gereja Katholik Assumption terlibat dalam satu 'serangan' pada Januari 2010 yang mengakibatkan sebahagian kecil bahagian hadapan gereja tersebut terbakar ketika kemelut KALIMAH ALLAH memuncak.

Seorang paderi, Lawrence Andrew beberapa hari lepas, secara jelas dan berani, menyatakan bahawa Katholik Selangor tetap akan menggunakan KALIMAH ALLAH di sebalik titah DYMM Sultan Selangor agar KALIMAH ALLAH hanya eksklusif kepada umat Islam. Lawrence Andrew juga dengan sengaja mencabar Enakmen 1988 yang melarang golongan bukan Islam daripada menggunakan 35 istilah Arab untuk agama mereka.

Katholik Malaysia cuba menjustifikasikan perbuatan mereka dengan amalan agama Kristian Koptik yang menggunakan bahasa Arab secara keseluruhannya, walaupun dasar Katholik dan Koptik berbeza sama sekali.

Kebanyakan pemimpin utama DAP terdiri daripada pastor-pastor Katholik dan Methodist. Katholik dan Methodist di seluruh dunia kecuali di Indonesia, tidak menggunakan ALLAH sebagai rujukan kepada GOD, FATHER, atau Tuhan Bapa atau Yahweh. Malah lisan Jesus Christ yang diriwayatkan dalam empat versi Bible (Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John) yang menjadi rujukan kepada Bible-Bible yang terkemudian tidak mencatatkan ALLAH sebagai Tuhan Kristian.

Al-Kitab yang diterbitkan oleh Penerbitan Kristian di Indonesia dan The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, menggunakan kalimah-kalimah Islam seperti Allah, rasul, wahyu dan sebagainya, telah diubahsuai daripada The Good News Bible. The Good News Bible bagaimanapun, tidak menggunakan kalimah-kalimah yang disekutukan dengan Islam.

Serangan kepada JAIS merupakan salah satu daripada cara untuk memerangkap UMNO dan kemudian menarik perhatian pengundi-pengundi Katholik di Sarawak yang bakal membuang undi untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dalam tempoh 24 bulan dari sekarang. Pakatan Rakyat telah menyediakan skrip dan jalan cerita yang berpihak kepada mereka di mana mereka menampilkan diri sebagai Messiah manakala UMNO dan Barisan Nasional pula sebagai Anti-Christ.

Undang-undang membabitkan agama merupakan perbezaan ketara antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak kesan daripada Perjanjian Malaysia 1963.

UMNO secara jelas telah diperangkap dalam permainan ini. Umpan golongan berkenaan agar UMNO membuat demonstrasi dan kemudian akan diperbesar-besarkan bagi membolehkan pengundi-pengundi di Sarawak melihat sikap sebenar UMNO terhadap agama Kristian dan penganutnya di Malaysia, telah dimakan. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.