Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 25, 2014

Apa Cittta ! Kepala Tren Monorel Dibawa Lari Dari Kilang? #1Malaysia








Kecoh lagi hari ini setelah beberapa hari Nurul Izzah menggemparkan Malaysia apabila dia menuntut berpisah secara fasakh daripada suaminya yang telah dikahwini dan dikurniakan 2 orang anak. Kini dikhabarkan tak jadi pula.

Kekecohan itu bersambung lagi hari ini bila kepala tren monorel pula 'tercabut' dan dibawa 'lari' daripada kilangnya di Rawang menggunakan lori treler.

Buat para pembaca jangan nak buat-buat terkejut pula. Mungkin ada kalangan pembaca yang telah mengetahui setelah membaca akhbar di mana warga kota Kuala Lumpur bakal merasai hasil transformasi Government Transformation Programme (GTP - Roadmap).

Bermula dari pagi tadi sehingga hujung minggu ini, RapidKL akan memulakan proses mengangkut koc-koc tren monorel daripada kilang di Rawang dan dibawa ke depoh Monorel, Brickfield, Kuala Lumpur untuk kerja-kerja penyambungan koc.

Untuk makluman, sebelum ini tren monorel hanya mempunyai 2 koc sahaja dan menerusi pemerhatian serta survey yang dibuat, pihak Prasarana telah melakukan penambaikan pada sistem transit monorel ini kerana bilangan hari penumpang telah mencecah seramai 100,000 orang sehari.

Tahniah kepada Prasarana yang berusaha gigih memenuhi tanggungjawab sebagai public transport provider utama di Kuala Lumpur.

Nak tengok lagi gambar-gambar pemindahan tren monorel ni, jom like Facebook : www.facebook.com/myrapid


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.