Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 1, 2014

Belum ada arahan naik kadar tol

1 JAN : Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

tol

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada 2014.

Bagaimanapun kerajaan sebaliknya masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, katanya dalam satu kenyataan media Selasa.

Ini termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014.

Beliau menjelaskan sejak 2008, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, untuk 15 lebuh raya.

Selain itu, penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan tujuh plaza tol turut dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

Kerajaan turut melaksanakan pengurangan kadar tol melibatkan tiga lebuh raya selain melakukan penstrukturan semula kadar tol melibatkan lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD,” katanya.

Fadillah berkata dalam mempertimbang langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.

Ini bagi memastikan Malaysia terus mendapat keyakinan pelabur dan tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh dan berdaya saing, katanya. – Bernama

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.