AIDCNews
– 18/1/14 – Setiausaha Pertubuhan Pembela-pembela Islam
(PEMBELA), A. Karim Omar menyelar Dr Herman Shastri tentang
kenyataannya yang disifatkan sebagai usaha untuk menyekat dakwah
Islamiah dilakukan di negara ini.
Paderi
Dr Hermen Shastri (kanan) bersama Dr Ahmad Farouk Musa, Pengerusi
Islam Rennaissance Front (IRF) dalam forum Kebebasan Beragama di
Petaling Jaya 12 Januari.
Dr
Herman yang juga Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM)
yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia mendakwa adalah tidak
adil jika umat Islam dibenarkan menjalankan usaha dakwah, sedangkan
bukan Islam dilarang berbuat demikian.
Dakwanya,
untuk mengelakkan ketegangan perebutan kalimah Allah di antara
Kristian dan Islam, kedua-dua pihak mesti berhenti menyebarkan
kepercayaan mereka kepada pihak lain.
“Jadi
adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam
mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’,
dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan
Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari, dilaporkan The
Malay Mail Online.
A
Karim berkata kenyataan Dr Herman itu seperti individu bukan
warganegara Malaysia yang tidak memahami peruntukan Perlembagaan
Persekutuan tentang kedudukan Islam dan bukan Islam.
“Pertamanya,
apakah Herman ini warganegara Malaysia?
“Jika
beliau seorang warganegara, di manakah mahu dia letakkan Perlembagaan
Persekutuan (PP) yang telah menetapkan dengan jelas bahawa
orang-orang agama lain TIDAK BOLEH mendakyahkan agama mereka kepada
orang-orang Islam. Tetapi tidak disebut di dalam mana-mana bahagian
dalam PP berhubung larangan orang Islam untuk mendakwah kepada
orang-orang Kristian.
“Hatta,
Perdana Menteri Najib sendiri pun, jika beliau menyahut cadangan
Herman ini, arahan PM terbatal. Kerana apa-apa polisi atau arahan
kerajaan tidak boleh mengatasi perlembagaan atau akta negara dan
enakmen-enakmen negeri yang berkaitan.
“Maka,
formula 10-perkara Idris Jala pun boleh terbatal jika ianya melanggar
mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam
laman peribadinya, akarimomar.wordpress.com/
A.
Karim yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) turut mempersoalkan motif Herman yang
mahu menghalang usaha dakwah umat Islam untuk melaksanakan usaha
dakwah amr ma’ruf nahi mungkar, seperti mana yang disebut dalam
surah ‘ali Imran ayat 104 dan ‘ali Imran:110.
“Ketiga,
bagaimana pula Yang Di Pertuan Agong (YDPA) hendak menunaikan
sumpahnya untuk memelihara agama Islam pada setiap masa yang turut
mengikatkan seluruh pentadbiran kerajaan Malaysia baik kepada para
menterinya dan semua penjawat awam dalam sumpah menerima jawatan
masing-masing?
“Sebarang
keputusan dan pelan tindakan kerajaan MESTI mengambil kira untuk
memelihara apa yang dijanjikan oleh YDPA setiap kali mereka bergilir
mengangkat sumpah menjadi Agong. Malah sumpah tersebut dibuat atas
nama Allah – “Wallahi – Wabillahi – Watallahi.”
Beliau
juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjut
pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya
di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata sejarah
membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai
murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang
menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511.
Simbol
kekejaman penjajah Kristian masih tertegak di Kota A Famosa, Melaka
“Malah
setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan
PENGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan
laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan
tentera Islam.
“Betapa
jahatnya PENGANAS-PENGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga
bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah
masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk
diambilkan batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang
boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini, kota a’Famosa.
“Jika
tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang
datang menjajah dengan motif untuk mengaut sekala kekayaan dari bumi
Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan
mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh untuk menyebarkan
agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan
istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman
dengan ketinggian budaya ketimurannya.
“Jika
tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport
pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam
Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun
Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik
dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni.
“Maka,
bagi saya, alam Melayu MESTI dikekalkan dengan kemurnian tamadun
Islamnya serta nilai-nilai mulianya untuk kembali kekal aman,”
tegasnya lagi.
No comments :
Post a Comment