Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 6, 2014

PAS minta Majlis Fatwa keluar ketetapan berhubung penggunaan Kalimah Allah

bnbbc.my~ PAS hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian atau mengeluarkan ketetapan berhubung penggunaan Kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar di dalam sidang medianya menegaskan bahawa isu penggunaan Kalimah Allah melibatkan penganut agama Kristian di negara ini telah menimbulkan kekeliruan semua pihak dan harus diperbetulkan segera.

Saya menegaskan bahawa pihak Majlis Fatwa kena buat penetapan berhubung isu ini. Sekarang ada dua perkara yang berbeza, adakah mereka guna Al-Quran yang lain-lain.

Di Putrajaya mereka guna Quran lain, dan di Selangor mereka guna Quran yang lain. Kena buat penetapan bagi orang tak keliru, sebab ianya melibatkan soal agama,” katanya yang merujuk perbezaan pendapat apabila penganut Kristian berurusan dengan Kerajaan  Pusat serta penguatkuasaan undang-undang di Selangor dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, Isnin.

IMG-20140106-WA0016

Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam sidang media Isnin-Foto Heikal Rosli

Beliau juga menambah, PAS memandang serbuan yang dijalankan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) Khamis lalu adalah satu tindakan yang tergopoh-gapah.

Ianya jelas boleh menimbulkan ketegangan keadaan dan juga kemarahan sesetengah pihak berhubung perkara ini.

Oleh itu satu langkah penyelesaian perlu diambil dan saya harap Majlis Fatwa boleh keluarkan pendirian mereka berhubung perkara ini.

Berkenaan titah Sultan Selangor bukan isunya sekarang ini, apa yang menjadi isu perlu ada satu fatwa yang tegas dan tidak mengelirukan orang ramai,” tegasnya lagi.

Turut bersama beliau ialah Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menyatakan pendirian yang sama berhubung ketetapan ini.
Khamis lalu, JAIS telah melakukan serbuan ke atas premis PBM yang turut merampas kira-kira 300 bible versi Bahasa Melayu dan Iban serta menahan dua orang pegawai dari PBM.

Serbuan itu dikatakan sebagai respon kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan Kalimah Allah bagi orang bukan Islam di bawah Enakmen 1988.

Ditanya berhubung pendirian PAS berkenaan isu ini, Mahfuz menegaskan pendirian PAS yang dikeluarkan Majlis Syura Ulama yang membenarkan penggunaan kalimah itu selagi mana ia tidak disalah ertikan dan disalah guna. -


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.