"Saya
kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun
Keseksaan), saya tidak pertahankan. Ia undang- undang zalim, fitnah
dan undang-undang inilah saya masuk penjara (sebelum ini)," kata
Anwar Ibrahim di Taman Sri Kerayong, Kapar pada 22 Januari 2012.
Anwar
terlupa bahawa beliau dipenjara 6 tahun adalah kerana kes rasuah.
Kenapa hendak menipu rakyat? Lima kes rasuah berikut telah
menyebabkan Anwar Ibrahim masuk ke penjara :
1.
"Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30
petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan,
Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa
menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan
rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas
Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki
menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak
munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:
a.
Campur tangan dalam siasatan itu, dan
b.
Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah
Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan
prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada
Pendakwa Raya;
Dan
dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah
dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah
dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang
boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa
Perlu) Darurat, 1970".
|
2.
"Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997,
di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan
Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa
menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan
perbuatan rasuah di mana kamu telah:
-
mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan
Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja
Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu
Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb
kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan
atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu
Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997
kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang
demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di
bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat,
1970".
|
3.
"Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman
Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam
Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang
anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di
mana kamu telah:
-
mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan
Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja
Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan
umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang
dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada
sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan
akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is
seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah
melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1)
Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
|
4.
"Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan
Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47,
Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa
menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan
perbuatan rasuah di mana kamu telah:
-
mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir
bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja
Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt
Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh
kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan
atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali
telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada
Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang
demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di
bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat,
1970".
|
5.
"Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di
kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara,
di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang
anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di
mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah
Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas
II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya
memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan
liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu
daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan
akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis
bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh
yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh
dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu)
Darurat, 1970".
Apakah
Anwar sudah lupa dengan semua lima pertuduhan ini? Rakyat perlu
sedar bahawa Anwar adalah bekas banduan yang dipenjarakan kerana
kesalahan rasuah.
|
No comments :
Post a Comment