Semua
pihak sudah sedia maklum bahawa ISA sudah pun di mansuhkan beberapa
tahun lalu hasil daripada usaha berterusan banyak pihak termasuk
rakyat di bawah sana kononnya akta ini terlalu zalim kepada rakyat.
Maka
keputusannya Malaysia tidak lagi punya ISA seperti mana negara-negara
lain contohnya Singapura sendiri walaupun puak-puak pembangkang
sering melalak menyatakan Singapuralah antara negara yang dan
kerajaan paling baik jauh mengatasi Malaysia dalam serba serbi tetapi
mereka sehingga kini masih mengekalkan akta tersebut.
Oleh
kerana kebodohan sesetengah daripada kita yang termakan dengan dakyah
pembangkang maka kerajaan pun memansuhkan akta ini.
Setelah
itu berpestalah seluruh rakyat Malaysia di serata pelusuk negeri
tetapi yang anehnya bukan pesta gelak ketawa tetapi pesta tembakan
sehingga melibatkan kematian.
Rata-rata
rakyat panik , apa sudah jadi ? Mengapa kejadian ini begitu mudah
berlaku ? Sebelum ini sukar sekali kita mendengar pesta tembakan
seperti ini.Malah insiden yang berlaku jelas menunjukkan
penembak-penembak itu begitu berani sekali malah berada hampir dengan
kedudukan mangsa sebelum tembakan di lepaskan.
Itulah
antara senario yang berlaku setelah akta ISA di mansuhkan.
Kemudiannya
mulalah angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sehingga terdengar
diantaranya menyebut kembalikan ISA supaya ketenteraman rakyat dapat
di kawal semula.
Kembalikan
ISA supaya mereka-mereka ini dapat di tangkap.
kembalikan
ISA supaya pihak Polis dapat melakukan pencegahan awal sebelum
sesuatu yang lebih buruk berlaku.
Itulah
antara bunyi-bunyi yang di bawa oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang
kini nampaknya mula bertiup laju.
Walau
bagaimanapun MMI secara peribadi merasakan tak perlu di kembalikan
akta ISA ini , biar rakyat tahu betapa susahnya apabila suka
bertindak mengikut hati.
Biar
rakyat tahu betapa sengsaranya jika kita sering kali mendengar dan
percaya kata-kata penghasut dan pengkianat negara yang kini
bertaburan di luar sana.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.
“Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini hari ini.
Beliau juga berkata, andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.
Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.
Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. – Bernama
MPA setuju dengan kenyataan ini jangan di kembalikan akta ini , meminda
atau mengubal akta baru lebih sesuai seperti mana sesuainya tindakan
rakyat sebelum ini yang mendesak kerajaan agar memansuhkan ISA.
Biar
mereka rasa !!
No comments :
Post a Comment