Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 14, 2014

Rancangan 'Sultan Melaka' beri darjah kebesaran: dua laporan polis dibuat

Melaka tolak perakuan  Sultan Melaka

MELAKA : Dua laporan polis dibuat berhubung rancangan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, memberi darjah kebesaran, bintang dan pingat di Pulau Besar dekat sini, esok.

Laporan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pulau Besar, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh pada kira-kira 6 petang. 

Abdul Ghafaar berkata, laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap rancangan individu terbabit kerana melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Melaka.

"Ia adalah satu kesalahan dan pemberian darjah kebesaran hanya boleh diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob... kita tidak mahu perkara ini dipermainkan oleh individu tertentu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden MGBM, Zali Mat Yasin yang mewakili 16 pertubuhan belia negeri Melaka berkata, tindakan individu terbabit boleh menjejas kestabilan dan keharmonian rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat di Melaka timbul kegusaran atau kekhuatiran mengenai kewujudan sultan yang akhirnya mewujudkan konflik pentadbiran," katanya.

Baru-baru ini, Raja Noor Jan Shah mengutus surat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi mengadakan perbincangan untuk mendapat pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakwa beliau sudah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - BERNAMA

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.