Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 19, 2014

Kristian Tuntut Ruang Berdakwah Terhadap Umat Islam


AIDCNews – 17/1/14 – Sungguhpun penduduk beragama Kristian merupakan 9.1 peratus berbanding dengan penduduk Islam, 60.4 peratus yang menjadi warganegara Malaysia, namun komuniti Kristian menuntut ruang yang sama rata untuk berdakwah di negara ini.

Paderi Dr Hermen Shastri, setiausaha agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia ( CCM ) yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia dilaporkan themalaymailonline.com mendakwa adalah tidak adil jika bukan Islam dilarang untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat Islam, sedangkan dalam masa sama perkara sebaliknya berlaku.

Menurutnya kedua-dua pihak, Islam dan Kristian perlu berhenti menyebarkan kepercayaan mereka kepada pihak lain untuk mengelakkan ketegangan perebutan kalimah “Allah.”

Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari.

Artikel 11 (4 ) Perlembagaan Persekutuan melarang masyarakat bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada umat Islam telah digunakan sebagai asas untuk pelbagai undang-undang negeri di seluruh Malaysia – kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan – untuk mengharamkan bukan Muslim menggunakan perkataan dan frasa Bahasa Arab tertentu, termasuk perkataan “Allah” .

Pada forum yang sama, Dr Ahmad Farouk Musa , Pengerusi Islam Renaissance Front (IRF) bersetuju dengan pendapat Paderi Dr Hermen dengan mendakwa halangan itu merupakan satu bentuk penindasan.

Jika saya tinggal di Australia, dan (kerajaan) Australia mengatakan bahawa saya tidak boleh berkongsi kepercayaan saya dengan rakan-rakan saya, saya akan berasa seperti ditindas.

Mengapa (masyarakat Islam Malaysia) tidak boleh merasakan perkara yang sama. Rasa apa yang saudara Kristian kita rasa apabila mereka dihalang daripada berkongsi apa yang mereka percaya. Hanya kerana kita majoriti di negara ini, kita boleh lakukan apa yang kita suka ? Itu salah, ” katanya.

Ahmad Farouk memberitahu kepada The Malay Mail Online selepas forum itu, demi timbal balik, orang bukan Islam harus dibenarkan untuk berkongsi kepercayaan agama mereka terhadap masyarakat Islam.

Sepertimana umat Islam boleh mengambil mualaf baru daripada pihak lain , maka orang lain juga boleh berkongsi iman mereka dengan umat Islam,.

Kita perlu menyemak semula undang-undang. Ia berdasarkan Fasal 4 daripada Perkara 11. Oleh itu, kita perlu menyemak semula Fasal 4 … pada abad ke-21 , pihak lain juga harus mempunyai hak yang sama , “katanya. dengan merujuk kepada

Ahmad Farouk turut berkata bahawa Perkara 11 (4 ) yang termaktub dalamPerlembagaan Persekutuan kini sudah “tidak begitu relevan lagi” pada zaman sekarang dan perlu diadakan satu perbincangan untuk menilai pemansuhan perkara tersebut.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.