Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 14, 2014

Jom Tengok Betapa Histerianya Melayu Pakatan Bila Guan Eng Berlakon Alim

taikor

Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP yang paling popularTetapi tidak dapat udi popular dalam CEC) selepas bapanya, Lim Kit Siang. Kebijaksanaan Lim Guan Eng mencari sela-sela populariti sememangnya tiada bandingan. Dia bijak mengambil kesempatan dan peluang untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang rakyat meskipun sebenarnya Lim Guan Eng adalah seorang pengkhianat rakyat.

Ramai Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat menyatakan kekaguman terhadap Lim Guan Eng walaupun dari sehari ke sehari, mereka juga sedar yang Lim Guan Eng telah mempergunakan mereka sewenang-wenangnya.

Walaupun di sebalik pelbagai pujian dan lambungan diri dibuat oleh Lim Guan Eng, bahkan konco-konconya menyatakan bahawa beliau layak mendapat kelebihan untuk bermewah-mewah kerana telah berjaya menjadikan Pulau Pinang jauh lebih maju berbanding sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional, namun fakta sebenar pula menunjukkan sebaliknya.

Di bawah Lim Guan Eng, Pulau Pinang tidak semaju yang diperkatakan. Bahkan Pulau Pinang semakin mengundur dan dasar pentadbiran kewangan yang dikatakan sangat cekap, telus dan jujur oleh pentadbiran Lim Guan Eng, tidak lebih daripada retorik semata-mata. Lebih menarik lagi ialah, Lim Guan Eng menggunakan data-data lapok yang telah dimanipulasi untuk melakukan pembohongan.

Minggu lepas, Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Johor yang tidak lagi membenarkan kewujudan premis hiburan di negeri tersebut. Bagaimanapun, Lim Guan Eng secara halus menghina orang Melayu apabila berkata, pemansuhan tersebut hanya akan dilakukan sekiranya MELAYU PULAU PINANG bersetuju dengan keputusannya.

Guan Eng sebenarnya mahu menyatakan bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan dan pelacuran di Pulau Pinang adalah disebabkan permintaan tinggi daripada masyarakat Melayu. Tanpa permintaan daripada masyarakat Melayu, premis-premis hiburan dan maksiat tidak akan wujud di Pulau Pinang.

Amat mudah untuk mengesan motifnya yang sedang bermasalah untuk mempertahankan dirinya apabila nafsu serakahnya dan cakap tidak serupa bikin terdedah kepada awam. Sebelum ini, Guan Eng cuba menjadikan Pegawai Kewangan Negeri yang juga seorang Melayu sebagai mangsanya. Namun penjelasan yang diberikan oleh Mokhtar Mohd Jait menambahkan lagi masalah kepada Guan Eng, terutama yang membabitkan potongan atau diskaun besar yang diterima oleh Guan Eng untuk pembelian kereta mewah Mercedez Benz bagi kegunaan peribadinya menggantikan Toyota Camry yang dibelinya dua bulan sebelum ini.

Sebenarnya yang paling dibimbangi oleh Guan Eng ialah kehilangan sokongan daripada orang Melayu Pulau Pinang. Walaupun DAP menguasai DUN Pulau Pinang, hakikatnya tanpa sokongan Melayu, Guan Eng dan DAP tidak akan ke mana-mana. Disebabkan itulah, Guan Eng terpaksa mencari jalan untuk membuatkan para penyokong Melayunya menjadi histeria dan pada masa yang sama, dia boleh terus memperlekehkan mereka.

Ada perkara lebih besar sebenarnya mahu diperkatakan oleh Lim Guan Eng. Beliau merupakan antara orang pertama yang mempolemikkan KALIMAH ALLAH. Bermula daripada perutusan sambutan krismas pada 2012, polemik Kalimah ALLAH berterusan sehingga ke hari ini. Dan bermula dari tarikh itu jugalah, Lim Guan Eng terpaksa mewujudkan pelbagai polemik lain yang bertindak sebagai perisai bagi mengelakkan dia daripada diserang dan terpaksa menjawab polemik yang dimulakannya.

Jangan fikir Lim Guan Eng tidak tahu orang Melayu akan marah dengan kenyataannya itu tetapi bijaksananya  ialah, dia menukarkan kemarahan orang Melayu menjadi sokongan kepadanya. Beliau tidak perlu berceramah panjang lebar sampai berbuih mulut tetapi cukup dengan mencuit ’sawat’ PAS dan PKR selain barisan para paderi yang memperjuangkan agama mereka, akhirnya dia hanya perlu berpeluk tubuh di belakang mereka semua sambil tersenyum memandangkan mereka semualah yang menjalankan kerja baginya.

Tidak sahaja bebas daripada menjawab, bahkan matlamat asal Lim Guan Eng untuk menimbulkan kekeliruan akidah di kalangan umat Islam juga berjaya. Anda boleh perhatikan sendiri, berapa ramai daripada para penyokongnya yang terdiri daripada orang Melayu yang dengan lancang menyatakan bahawa KALIMAH ALLAH tidak salah dikongsi dengan bukan Islam, sedangkan mereka telah diberikan Al-Quran oleh Allah Taala sebagai panduan dengan ayat khusus melibatkan perebutan ’Ismu-Nya itu pada kemudian hari.

A171

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). (An-Nisa’ Ayat 171) 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.