Selepas berdiam diri, akhirnya Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim manyatakan pendirian yang sudah diduga iaitu tidak
menyokong dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible
berbahasa Melayu dan Iban.
“Jika
JAIS rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka
sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
“Tetapi
anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan
dilihat sebagai tindakan anti Kristian.
“Tidak
perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan,” katanya
dilaporkan The
Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Pusat
Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial.
Selain
itu, Anwar turut membuat tuduhan seolah-olah serbuan itu didalangi
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengalihkan
pandangan rakyat isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran
pemotongan subsidi.
“Saya
tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah
ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti
pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral,” katanya
sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.
“Kerajaan
perlu menghadapi semua ini bukan dengan cara menyerang perkara lain,”
katanya.
Namun
Anwar tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri
DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan
Lau Weng San dari Kampung Tunku yang mencadangkan agar pindaan dibuat
ke atas Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan penyebaran agama bukan
Iskam) Enakmen 1988.
Anwar
berkata, beliau tidak setuju tindakan itu kerana ia dilihat
tergesa-gesa kerana masih ada saluran yang sesuai untuk menyampaikan
pandangan mereka.
No comments :
Post a Comment