Seorang
Kristian misionari dari universiti Jesuit terkemuka di Amerika
Syarikat (AS), John Esposito mengklasifikasikan Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai seorang tokoh ‘Global Convivencia’.
Esposito
yang juga merupakan pembangun Center
for Muslim-Christian Understanding (CMCU),
Universiti Georgetown AS membuat klasifikasi itu berdasarkan dari
penyelidikan dan pemerhatiannya yang dibukukan, “Unholy
War: Terror In The Name Of Islam“,
Oxford University Press, 2002.
CMCU
adalah salah satu Projek
Pluralism dari Universiti Harvard dan bekerjasama
dengan Universiti
George Washington yang kedua-duanya berpangkalan di AS.
“Pemikiran
Islam Anwar Ibrahim adalah dinamik, membangunkan tradisi selaras
dengan tuntutan zaman. Dia (Anwar) menolak budaya peniruan yang
konservatif (taqlid), lebih cenderung membuat analisis bebas dan
penafsiran semula (ijtihad), mempercayai bahawa Islam adalah ‘agama
yang pragmatik’ berpaksi kepada kekuatan dan dinamik pembaharuan
semula Islam.
“Penyokong
kuat dialog antara Timur dan Barat, dia mempercayai Islam adalah
bersifat inclusive, dari dulu hingga sekarang Islam terbuka kepada
semua budaya.
“Pluralisme
dan toleransi yang berdasarkan saling menghormati dan memahami adalah
tunggak visi Anwar Ibrahim berasaskan dialog ketamadunan
‘convivencia’”, kata John Esposito.
Itulah world
view pemikiran
Islam Anwar Ibrahim yang dirumuskan oleh ahli Jesuit, John Esposito
dalam bukunya, bab : “Anwar
Ibrahim : Global Convivencia“.
Sudah
tentu John
Esposito sudah lama mengkaji pemikiran Islam Anwar kerana
sejak dari tahun 1996, ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, tokoh ‘reformasi’, ‘renaissance’ dan
‘convivencia’ itu sudah dianugerahi ‘Presidential
Medal’
oleh universiti Jesuit terbesar di AS, Universiti Georgetown.
Malah
sekitar tahun 2006, sekali lagi Anwar diterima mengajar dan dilatih
di universiti Jesuit AS itu di bawah seliaan John Esposito di CMCU.
Jika
mahu diselidiki lebih jauh lagi, John Esposito adalah murid kepada
mentor Anwar, Dr Ismail Faruqi dari Universiti Temple, Pennsylvania,
AS.
“John
Esposito menerima Phd dari Universiti Temple di bawah seliaan Dr.
Al-Faruqi”, lapor laman campus-watch.orgdan
mendapat Phd daripada universiti itu pada tahun 1974 dalam
penghususan ‘Islam dan Politik Islam, Dari Afrika Utara ke Asia
Tenggara’.
Dalam temubual
dengan UC Berkeley, John Esposito memberitahu sekitar tahun 1967,
beliau telah mendapat ijazah dalam bidang agama dunia khususnya
tentang agama Hindu dan Budhha.
John
Esposito mengakui dua mentornya adalah Ismail Faruqi dan Hassan
Hanafi.
“Ya,
mentor utama saya ialah Ismail al Faruqi, seorang sarjana Islam
Palestin. Kami juga mempunyai pada masa itu, Hassan Hanafi, sarjana
Mesir yang kembali mengajar di Universiti Kaherah”, katanya.
Menurut
kajian Profesor Madya Mohamad Kamil Ab Majid dari Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, nama Dr
Hassan Hanafi adalah salah seorang tokoh Islam Liberal di
Mesir.
“Sama
dengan Nasr Abu Zaid dan Arkoun, Hassan Hanafi menolak Al Quran
sebagai mukjizat. Malah Nabi Muhammad SAW pun dipandang bukan sebagai
seorang Rasul, tetapi seorang politikus yang mampu memcapai
kepentingannya pada masa yang diingininya”, katanya.
Bacaan
lanjut sila baca “Kaitan
Anwar Ibrahim & Missionari Jesuit” dan “Merungkai
misteri pembunuhan Dr Ismail Faruqi” dan “Kekeliruan
Ideologi Islam Liberal – Profesor Madya Mohamad Kamil Ab Majid”
Makna
‘Convivencia’
Menurut
John Esposito, ‘Convivencia’ bermaksud ‘tinggal bersama’ yang
merujuk kepada pemerintahan Roger
II, Raja Kristian di Sicily, pada abad ke-12 dan pemerintahan
Islam di Semenanjung Iberia seperti Toledo, Cordoba dan Granada.
“Di
Iberia, Kristian, Muslim dan Yahudi tinggal bersama-sama dalam
konteks hubungan sosial dan pertukaran budaya. Ia merupakan zaman
kemakmuran dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang seni,
sastera, puisi, astronomi, dan perubatan.
“Ramai
orang Kristian dikenali sebagai Mozarabs kerana mereka menggunakan
unsur-unsur pakaian, budaya, dan bahasa Arab, termasuk nama-nama
Arab. Sebahagian ulama Kristian menulis dalam bahasa Arab dan bukan
bahasa Latin”, kata John Esposito.
Menurutnya
lagi, ‘Convivencia’ menurut kaca mata Anwar Ibrahim adalah satu
bentuk Islam pluralisme, visi yang berbeza dengan program tipikal
Islam menempatkan hak bukan Islam dalam masyarakat tradisional Islam.
Ia
berasaskan keutamaan keadilan dan kesaksamaan dalam sosial dan
ekonomi, mengiktiraf hak agama-agama lain, sepertimana pengiktirafan
terhadap Islam.
Visi
pluralis ini adalah asas terhadap dialog ketamadunan.
John
Esposito berkata ‘Convivencia’ yang diperjuangkan Anwar itu
selaras dengan tuntutan Al Quran, iaitu manusia dicipta dalam
pelbagai bangsa, negara dan agama, untuk tujuan ‘lita’arafu’ –
berkenal-kenal antara sesama manusia.
Rumusan
yang dilakukan oleh John Esposito itu diakui sendiri oleh Anwar yang
terpancar dalamPerutusan
Hari Natal 2008.
“Saya
kira perlulah kita kembali merenung bagaimana
masyarakat
convivencia di
Andalusia yang menyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi
hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang.
“Sebagai
contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab
dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada
wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu
Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh
pemerintah.
“Benarlah
kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus
adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat
yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan
ketinggian budaya”, kata Anwar dalam perutusan itu.
‘Convivencia’
& Keruntuhan Kerajaan Islam Andalusia
Konsep
‘Convivencia’ yang diimpikan Anwar itu sebenarnya sudah terpadam
dalam lipatan sejarah.
Jika
dahulu, munculnya, kerajaan Islam Andalusia, dan kini simbol-simbol
kerajaan Islam di Andalusia, semuanya telah dihapuskan apabila
kerajaan Kristian memerintah.
Andalusia
berasal dari bahasa Arab “Al Andalus” yang merujuk kepada
Semenanjung Iberian, Sepanyol, nama yang diberikan oleh Tariq ibni
Ziad ketika berjaya mendarat di Gibralta pada 30 April 711.
Kejayaan
Tariq itu menyebabkan lapan ibu kota Andalusia berjaya ditakluki
iaitu Cardoba, Granada, Almería, Cádiz, Huelva,Jaén, Málaga dan
Sevilla.
Kerajaan
Islam berjaya berkuasa di Andalusia selama 800 tahun dari tahun 711
hingga 1492 M, berpusat di Cordoba yang berjaya melahirkan para
ilmuwan seperti Ibnu Thufail (1107-1185), Ibnu Baitar (1190-1248),
Ibnu Arabi (1164-1240), Ibnu Bajjah (1082-1138), dan Ibnu Rusyd
(1126-1198).
Namun
pada 1492 M, kerajaan Islam Andalusia berjaya dihancurkan oleh
tentera Kristian Katholik yang dipimpin oleh Raja Ferdinand dan Ratu
Isabella dari Castile.
Saat-saat
kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berakhir di Kota Granada, di
bawah Raja Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar.
Sebelum
turun takhta, Raja Abu Abdullah telah ‘memeterai perjanjian’
dengan kerajaan Kristian Sepanyol, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella
yang melibatkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan
masyarakat Islam di Sepanyol.
Namun
perjanjian itu telah dimungkiri, ribuan umat Islam yang dijanjikan
keselamatan untuk berlayar ke Afrika telah dibunuh beramai-ramai
secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Detik
menyayat hati itu diceritakan secara terperinci dalam buku “al-Ihatah
fi Akhbar Gharnatah” (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan
“al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus” (Sekelumit Sejarah Andalus)
dan “al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal”.
Kisah
ketakutan dan ancaman keselamatan umat Islam di Sepanyol di bawah
kerajaan Kristian digambarkan secara terperinci.
Ketika
umat Islam bersembunyi di dalam rumah masing-masing, dengan lantang
tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh
keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki
kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol.
Tentera
Kristian memberi jaminan keselamatan kepada umat Islam yang ingin
meninggalkan Sepanyol.
Ramai
umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu, bagaimanapun,
selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka
berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima
tawaran itu.
Keesokan
harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa
seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu, bagaimanapun,
terdapat juga umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib
itu dan masih bersembunyi.
Selepas
ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas
tentera Kristian menggeledah rumah yang mereka tinggalkan dan
membakarnya.
Ribuan
umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera
Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar
dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak
dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata.
Kebanyakan
di kalangan umat Islam itu adalah wanita dan kanak-kanak.
Kemudian,
tanpa perasaan belas kasihan, ribuan tentera Kristian itu kemudian
membunuh umat Islam yang sedang berkumpul tersebut. Jerit tangis dan
takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh
mereka yang tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu
habis dibunuh dengan kejam.
Darah
melimpah di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah
kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam di
Sepanyol yang tidak boleh dilupakan.
Selepas
kerajaan Kristian memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada
lagi tanda atau simbol Islam yang dikekalkan.
Umat
Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol. Orang
Kristian tidak mahu Islam wujud lagi di negara itu. Oleh itu,
terdapat umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang terpaksa
mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim semata-mata untuk
menyelamatkan diri.
Selain
kekuatan tentera Kristian, kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia
berpunca daripada perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga
terpecah kepada lebih daripada 20 puak. Antaranya Bani Jahur, Bani
‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain.
Dengan
wujudnya puak-puak ini, mudahlah musuh Islam merebut kembali tanah
mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang
menyedihkan terdapat juga umat Islam yang sanggup menjual agama dan
negara demi kepentingan peribadinya.
Misalnya,
Abu Zaid, Gabenor daerah Balansiah. Dia telah berpakat dengan Raja
Kristian Choinawi. Bukan setakat pakatan itu, Abu Zaid juga telah
memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi serta membayar ‘jizyah’
tahunan kepadanya.
Dalam
Islam, jizyah mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah Islam,
tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid terbalik apabila beliau berjanji
membayar jizyah kepada Raja Choinawi yang beragama Kristian.
Inilah
contoh manusia Muslim yang hanya mahu menyelamatkan dirinya dan
sanggup memperjudikan nyawa rakyat di bawah jagaannya kepada pihak
musuh.
Hari
ini, kerajaan Andalusia, Cordoba hanya tinggal dalam lipatan sejarah
Islam. Ramai umat Islam tidak mengetahui apa yang telah berlaku di
Andalusia. Pihak musuh telah memadamkan sejarahnya. Pihak Islam yang
pro musuh pula berusaha membangkitkan sejarah Andalusia versi
pluralisma.
Kerajaan
itu telah hancur dan saki baki kerajaan Islam telah dimusnahkan. Hari
ini juga menyaksikan Sepanyol muncul sebagai antara negara Kristian
yang terkuat di dunia.
~ AIDC
No comments :
Post a Comment