Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 3, 2014

Terserah kepada Puan Speaker Hannah Yeoh untuk mansuhkan enakmen Selangor 1988

Blogger berprofilik dan tersohor, Helen Ang hari ini mencabar Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga ADUN DAP Subang Jaya agar menggunakan kuasanya untuk membawa usul bagi memansuhkan enakmen 1988 yang diluluskan oleh Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Dalam tulisannya beliau menyatakan bahawa undang-undang yang masih termaktub itulah yang menyebabkan JAIS mempunyai kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan keatas orang bukan Islam di Selangor. Malah Exco Hal Ehwal Islam, YB Tuan Sallehen Bin Mukhyi dari PAS sendiri sendiri tidak mempertahankan tindakan JAIS malah cuba menyalahkan JAIS dalam melaksanakan peraturan tersebut.


Katanya;


"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). 

“Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan Malaysiakini.

Sedangkan untuk makluman pembaca sekalian, JAIS itu sendiri merupakan instrumen kerajaan negeri yang diberikan kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. 


Perlu diingatkan bahawa bidang kuasa undang-undang Islam adalah terletak dibawah bidang kuasa negeri dan bukannya kerajaan pusat.


Apapun kesemua ini terpulang kepada Hannah Yeoh dan rakan-rakan dalam PAKATAN yang berada dalam DUN Selangor untuk membuat pemansuhan atau penilaian semula mengenai enakmen berkenaan. Kerana yang pasti BN tidak memiliki majoriti 2/3 dalam Kerusi DUN SELANGOR.


Rujukan
:


http://helenang.wordpress.com/2014/01/03/terserah-kepada-puan-speaker-hannah-yeoh-untuk-mansuhkan-enakmen-selangor-1988/

http://beta.malaysiakini.com/news/2507

DAP kelmarin meluahkan rasa amat tidak berpuashati mereka dengan tindakan yang diambil oleh Jais terhadap Persatuan Bible di Damansara Utama.

DAP telah menuntut agar Jais memohan maaf secara terbuka atas penangkapan/penahanan pengerusi Persatuan Bible di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) negeri Selangor tahun 1988.

Undang-undang tersebut itulah yang sebenarnya membolehkan penguatkuasaan dijalankan ke atas orang bukan Islam.

Enakmen itu digubal oleh dewan perundangan negeri (DUN) Selangor dalam tahun 1988.
Sekarang Hannah Yeoh adalah merupakan Speaker DUN. Kalau DAP memang begitu kesal dan kecewa, maka ada baiknya mereka mansuhkan sahaja enakmen tersebut supaya hak kebebasan beragama penganut Kristian di Selangor tidak terjejas atau tersekat.

Pakatan berupaya berbuat demikian kerana mereka mempunyai majoriti dua pertiga di DUN.

DUN Selangor ada 56 kerusi. Pakatan sekarang pegang 44 kerusi dan BN 12 kerusi (semua Umno).

Majoriti dua-pertiga di DUN adalah sebanyak 37 kerusi. Dengan kerusi mereka yang 44 buah, kuasa Pakatan jauh melebih majoriti 2/3.

SgorSeatsGE1213

Bermaksud Pakatan boleh pun menyelesaikan kemelut ‘Allah’ di Selangor – sebuah negeri diperintah pembangkang – mengikut lunas undang-undang, kalau berani.
Parti yang mempunyai ramai Adun-Adun Kristian itu, jika ia betul-betul ikhlas mahu memperjuang serta melindungi hak orang Kristian, maka seharusnya membentangkan cadangan agar Enakmen 1988 dimansuhkan.

Lantaran itu Jais tidak akan lagi mempunyai bidang kuasa untuk menangkap orang Kristian sepertimana yang telah terjadi semalam.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.