Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 14, 2014

Pengarah JAIS Ditukar Kerana Kuatkuasakan Undang-undang Ugama, Rumah Urut, Pusat Maksiat & Pusat Judi Dijaga Rapi.. Tahniah MB Selangor!!!


Pengarah JAIS Selangor yang merampas Bible Bahasa Melayu tempohari telah ditukarkan kerana menguatkuasakan undang-undang demi memastikan Agama Islam terus wujud di negeri yang serba moden ini.

Pengarahnya yang baru Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, mereka tiada masalah memaklumkan tindakan mereka kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan exco terlebih dahulu sebelum bertindak.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dikehendaki menteri besar dan exco Selangor dalam serbuan berkaitan perkara sensitif selepas ini.


"Kita akan ikut, tiada masalah. SOP sebenarnya lebih kurang sama. Cuma kita kena maklumkan kepada kerajaan (negeri)," katanya.

Rakyat selangor sangat beruntung kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang sangat prihatin dengan masalah Agama Negeri hingga menukarkan Pengarah JAIS yang menguatkuasakan undang-undang.

Pengarah JAIS yang baru pula tidak akan berani melawan Kerajaan Negeri yang diperintah DAP yang menjadikan Menteri Besar PKR sebagai anjing kurap dibela dan dibagi makan sampah.

Rakyat Selangor terutama yang beragama Islam tidak berani menentang dan dibuktikan dengan kisah penukaran Pengarah Agama ini.

Kerana menguatkuasakan undang-undang Agama beliau ditukarkan tetapi kepada yang melambakkan rumah urut dan pusat maksiat dijaga rapi.


Tahniah kerajaan Selangor kerana punyai MB yang sangat Islamik! 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.