Dalam
wawancara dengan Malaysian Digest – ‘PCM echoes Utusan, asks Chinese what moredo they want’ - timbalan presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan berkata
Perdana Menteri Najib Razak sudah banyak memenuhi tuntutan kaum Cina.
Namun masyarakat Cina tidak menghayati perpatah ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.
Kalau ada
apa-apa kemusykilan, boleh pergi jumpa wakil DAP nanti
Mengulas
tindakan sesetengah cawangan MCA dan Gerakan sekali dengan PCM menutup pusat
perkhidmatan mereka, Huan menjelaskan bahawa tsunami Cina telah membuktikan
lebih 90 peratus pemilih Cina tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum yang
lepas.
Tambah
beliau lagi, calon-calon bidan terjun Pakatan pula boleh diberikan kepercayaan
oleh pemilih Cina meskipun politikus-politikus pembangkang itu hanya muncul di
kawasan beberapa minggu sebelum hari mengundi.
Ini bermakna
masyarakat Cina setempat tidak menghargai sumbang khidmat yang diberikan oleh
para wakil BN selama bertahun-tahun itu.
Huan Cheng
Guan mencatat dalam Facebooknya:
Mei 7: “This election is intresting, totally play out by the chinese, when they need help for schools, temples, association and others, they come for me. But when they vote, they vote for DAP. I have learn my lesson. Now i will close down all my service centres. Will spent my time enjoying myself. Lu orang mati lu punya pasai. Jangan cari saya lagi.”
Mei 9: “Thank you to all my service team members. i know you all have done your very best but unfortunately we lost. So everyone take a good rest and spent time with your families members. Meanwhile later i will organise seminar for all our service team and hardcore members on,
a) How to conb) How to cheatc) How to liesd) how to bluff and also telling the greatest lies on Facebook.
“With the
blessing from Jesus, gurantee next election we will wins every seat we
contest.”
Evangelista
Bintang Tiga
Dalam
temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM
Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina
agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones
spoiling the minds of Chinese people to go against BN”).
Beliau juga
menganggap kaedah politik ketaksuban golongan Kristian fanatik adalah penyebab
utama kenapa orang Cina melihat pada pemimpin-pemimpin Pakatan bagai maksum.
Politik
benci dipupuk kultus
Perangai yang
melampau dan kurang waras adalah antara salah satu gejala kultus.
Sentimen
diapi-apikan melalui ahli-ahli kultus Pakatan saban hari disuap fitnah dan
pembohongan. Cuba tengok pada segala dakyah yang telah disebar tentang
perjalanan PRU13, sampai orang Bangla dipukul vigilante pro-pembangkang.
Malah Uskup
Paul Tan pun turut melenting — ‘Bishop: Polls anything but free and fair‘ (FMT,
17 Mei 2013)
Salah satu
ciri yang paling menonjol di kalangan politikus evangelis ialah kelicikan
mereka memutar-belit dan berhelah. Menafikan apa yang ada di depan mata
Kurang 10
peratus
Pengarah
pilihanraya BN Selangor, Mohd Zin Mohamed, menganggarkan hanya lima peratus sahaja kaum Cina yang mengundi BN di negeri tersebut.
Namun orang
DAP sedang dengan begitu bersungguh-sungguh cuba mengelak daripada mengaku
bahawa kehilangan undi popular oleh BN adalah disebabkan tsunami Cina.
Dalam
rencananya bertajuk ‘Kaum Cina perlu bertanggungjawab‘ (Berita Harian, 15 Mei
2013), Prof. Teo Kok Seong menulis:
“Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihat polarisasi politik, dengan pola pengundian kaum Cina yang kuat menyokong pihak pembangkang khususnya DAP. Dianggarkan sekitar 90 peratus undi kaum Cina memihak kepada pembangkang.”
Beliau
meneliti bahawa gelombang yang hampir-hampir meruntuhkan pembentukan kerajaan
BN adalah mencerminkan hasrat sebenar kaum Cina.
“Sesungguhnya
percaturan kaum Cina itu untuk bersama-sama pembangkang adalah satu strategi
yang mereka fikirkan pintar,” kat Prof. Teo.
Janganlah
kini hanya kerana hajat mereka tidak kesampaian, maka orang Cina mahu
berpura-pura bahawa bukan mereka yang menjayakan gelombang anti-BN.
Kalau
Pakatan yang menang tempoh hari, bagaimana?
Sambung
Prof. Teo:
“Sebaliknya, apakah yang akan terjadi jika strategi mereka berjaya? Tentu, BN akan tumbang dan gagal membentuk kerajaan.”
Sekiranya BN
kecundang, pasti orang Cina akan berbangga dan berkokok bahawa merekalah yang
bertanggungjawab mencetuskan tsunami yang meranapkan BN.
Orang India
pun tidak pernah segan silu mendabik dada bahawa merekalah yang menimbulkan
tsunami tahun 2008.
Sikap talam
dua muka
Dalam
kolumnya di Berita Harian, Prof. Teo Kok Seong menulis lagi:
“Dalam hal
kaum Cina dicemuh hebat kerana tindakan mereka sendiri, mereka masih mahu
menuntut untuk diberi segala manfaat oleh BN yang ingin ditumpaskan itu
walaupun tidak berjaya, dengan tidak pun mahu mengalami sebarang kerugian
akibat tindakan belot mereka itu.
“Dengan kata
lain, dalam keadaan begini pun yang memperlihat mereka tewas, mereka masih mahu
memperoleh kedua-duanya, mengecapi imbalan dan mengelak balasan yang bakal
diterima.”
Selepas
merasa bahang backlash orang Melayu, barulah lidah-lidah pengarang Jerusubang
seperti The Star mahu merengek tentang “reconciliation” lah, “We are Malaysia”
lah.
Sebelum itu,
bukankah mereka telah bersungguh-sungguh melaungkan Ganyang Umno “ABU, ABU,
ABU!” yakni mahu menguburkan parti Melayu yang mempunyai lebih tiga setengah
juta ahli orang Melayu itu? Bukankah mereka yakin akan dapat menawan Putrajaya?
Ini yang
kita cakap sikap hipokrit orang Cina beriya-iya menafikan ia tsunami Cina yang
berlaku.
Prof. Teo
berpendapat orang Cina “sebetulnya adalah kelompok yang pintar dan tidak pernah
sesaat pun alpa dalam segala tindakan mereka”. Kata profesor itu, strategi
orang Cina “bukan saja bijak pada setiap masa, tetapi juga senantiasa culas”.
Beliau juga
menegur:
“Sehubungan ini, kaum Cina perlu memperlihat mereka mempunyai maruah. Mereka perlu menerima apa-apa jua kesan, daripada perbuatan mereka yang mengecewakan banyak pihak. Dalam sesetengah kes, mereka lupa kepada bakti dan jasa tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut mereka untuk sekian lama. Sehubungan ini, mereka tergamak menggigit tangan yang murah hati itu, tanpa perasaan bersalah langsung.”
Beliau juga
menasihatkan agar “mereka perlu bukan saja berani sebagai anak jantan untuk
menerima segala kritikan” tetapi yang lebih bahaduri lagi ialah “mereka perlu
sanggup menghadapi segala kesulitan akibat daripada tindakan mereka sendiri,
dengan penuh tanggungjawab”.
Kultus
Jerusubang dipromosi dan dikembangkan oleh The Star.
Hanya kerana
percaturan mereka tidak menjadi kali ini, begitu kuat dan lantang menafi
kejayaan DAP (seolah-olahnya Umno lah yang telah berkempen dengan sedaya-upaya
untuk memenangkan calon-calon Cina Pakatan?).
Prof. Teo
mahu kaum Cina “dengan hati terbuka menerima segala
kesan ekoran daripada ketetapan yang mereka buat dalam PRU-13″.
Dalam kata
lain, berani buat, berani tanggung. Jangan culas.
“Malaysian
tsunami” kepala otak The Star.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/17/bishop-polls-
anything-but-free-and-fair/
Credit for : Helen Ang
No comments :
Post a Comment