Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, May 20, 2013

Pengarah BTN BerOpSIM Di Padang Golf - Patutlah BN Menang Besar Di Dalam PRU-13 @NajibRazak



Ini gambar Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Ariff di dalam laman sosial Facebooknya dengan "caption" "OpSIM Di Tok Jembal". Sekalung tahniah kepada Datuk dan BTN. Bukannya apa, perlu diakui bahawa kemenangan besar BN dengan 133 kerusi Parlimen adalah kerana sumbangan besar BTN di dalam PRU-13 yang lepas. Antara yang paling berjaya adalah Operasi Sembang 1Malaysia (OpSIM).

Lihatlah contoh OpSIM KP BTN ini. Ini betul-betul dia turun padang berjumpa dengan pengundi kerana di padang golf Tok Jembal ini ada lebih kurang 505 org pengundi. Dulu bukan main Ketua Pengarah BTN ini kutuk pemimpin UMNO yang main golf. Rupa-rupanya main golf termasuk di dalam aturcara OpSIM.

Pegawai-pegawai BTN buat OpSIM di rumah orang-orang kampung atau di padang golf? Oh  ... maknanya turun padang itu bermakna padang golf ye? Berapa agaknya duit Kerajaan yang diperuntukan untuk OpSIM KP BTN ini? Kita tiada masalah peribadi dengan Ketua Pengarah BTN. Namun apa yang nampak tempang kita terpaksa tegur. Agak-agaknya PM main golf tak ketika kempen baru-baru ni?

Dan jangan pula kita lupa kisah-kisah sebelum PRU 13 baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.


Baca seterusnya : 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.