Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 28, 2013

NGO Gesa Kerajaan Tarik Subsidi Yang Diberi Kepada Robert Kuok

alt

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan digesa supaya menarik balik subsidi yang diberi kepada syarikat milik Robert Kuok yang telah memonopolinya sejak 50 tahun.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, syarikat milik Robert Kuok didakwa telah menipu pengguna menerusi bahan-bahan yang terkandung didalam beberapa produk keluarannya malah mengenakan harga yang tidak sesuai berbanding kualiti.

Mengulas mengenai kandungan yang terdapat didalam tepung gandum keluaran syarikat Robert, Nadzim mempersoalkan tindakan syarikat berkenaan yang masih menggunakan sesetengah bahan walhal negara-negara seperti China dan Eropah telah mengharamkannya sejak beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, Nadzim bersama lebih 85 NGO sebulat suara untuk terus memboikot barangan yang dikeluarkan syarikat yang menyokong demonstrasi jalanan. Klik di sini

[ARTIKEL SEBELUM]

Hadir sama aktivis Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Mohd Mustaffa Hamzah dan Pertubuhan Permuafakatan Wangsa Malaysia Ayahanda Kelana Putra.

 alt

Dalam pada itu, Nadzim juga mengecam amalan menyebar fitnah dan penipuan yang berleluasa dewasa ini terutamanya di laman media sosial.

Oleh yang demikian PPIM bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang lain mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengekang gejala penipuan disegerakan.

"Sejak 2008, fitnah berkaitan dengan perkara-perkara yang ditohmahkan dalam masyarakat begitu banyak dan mereka (masyarakat) mudah percaya.

"Masyarakat hari ini hidup dalam dua karektor yang jelas iaitu, fitnah dan membuat fakta yang tidak betul," katanya.

Nadzim turut percaya gejala menyebar fitnah dibuat secara terancang oleh cybertrooper parti DAP, Red Bean Army sejak 2011.

Jelasnya, perkara ini berikutan siri boikot terdahulu mengenai roti Gardenia yang dituduh dimiliki oleh UMNO.

"Ini satu boikot yang terancang. Ini membuktikan mereka menipu Melayu, Cina dan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

 alt

Oleh yang demikian beliau berharap agar semua rakyat sedar mengenai gejala penipuan yang tidak sihat sedemikian mampu memecah belahkan perpaduan dalam masyarakat

Tambah beliau, langkah-langkah pengawalan perlu diambil oleh pihak berwajib terutamanya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia

"Sedar, bangkit dan nyatakan prinsip, tidak mahu negara dipenuhi dengan fitnah dan penipuan.

"Kita takut jika tiada tindakan diambil maka akan berlaku perpecahan dikalangan rakyat Malaysia," tegas beliau.

Sementara itu mewakili Pertubuhan Permuafakatan Wangsa Malaysia Ayahanda Kelana Putra memberi amaran bahawa tindakan memboikot yang digerakkan itu bukan isu kecil.

"Apabila kita bersama-sama PPIM, kita akan pastikan puluhan NGO turut sertai kami, termasuk daripada kelab permotoran.

Jangan fikir mereka punya boikot saja," ujarnya.


Lapan produk disenaraikan untuk diboikot seperti, minyak masak Seri Murni, roti Massimo, tepung gandum Cap Sauh dan Blue Key, makanan dalam tin keluaran Marina, 99 Speedmart, restoran Old Town White Coffe, Papa Rich dan syarikat penerbangan Air Asia.


Credit for :KL Pos


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.