Orang Cina sudah tunjuk belang dan tunjuk taring. Akan tetapi sekarang ini DAP yang telah menang besar dengan ehsan undi masyarakat Cina pula mahu menafi kan bahawa ada berlakunya “tsunami Cina”
Dalam
pilihanraya umum yang dijalankan pada tempoh hari, DAP menang 38 kerusi
Parlimen. Parti tersebut berjaya menang 10 buah kerusi baru sementara
mengekalkan semua 28 kerusinya yang sedia ada.
PAS hilang
dua kerusi Parlimen (dulu 23 sekarang 21) manakala PKR hilang satu (daripada 31
kerusi pada Mac 2008).
Kerusi-kerusi
Parlimen yang dimenangi DAP kali ini dalam PRU13 ialah:
- Gelang Patah — keluar mengundi: 88.9%(pemilih Cina: 52%, pemilih Melayu: 34%, Lim Kit Siang menang dengan majoriti 14,762 undi)
- Kulai — 89.2%
- (C: 56%, M: 33%, Teo Nie Ching, 13,450)
- Kluang — 86.6%
- (C: 49%, M: 39%, Liew Chin Tong, 7,359).
- Raub — 82.9%
- (C: 40%, M: 50%, Sakmongkol, 2,814)
- Kampar — 77.2%
- (C: 61%, M: 29%, Ko Chung Sen, 5,400)
- Sibu — 79.7%
- (C: 65%, pribumi: 35%, Oscar Ling, 2,841)
- Stampin — 77.2%
- (C: 73%, pribumi: 26%, Julian Tan, 18,670)
- Sarikei — 77.4%
- (C: 66%, pribumi: 24%, Wong Ling Biu, 505)
- Lanang — 78:6%
- (C: 72%, pribumi: 28%, Alice Lau, 8,630).
- Sandakan — 75.3%
- (C: 53%, pribumi: 46%, Wong Tien Fatt, 1,088)
Sembilan
daripada 10 Ahli Parlimen baru DAP adalah orang Cina.
Sabah dan
Sarawak: Empat kerusi Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP di
Sarawak – iaitu Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu (sebelum ini dimenangi DAP
dalam pilihanraya kecil) – mempunyai 65-73 peratus pemilih Cina.
Kerusi
Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP di Sandakan, Sabah juga
majoriti Cina.
Johor: “Ini
kali lah” DAP berjaya menembusi tembok BN di kubu Johor dengan memenangi kerusi
Parlimen Gelang Patah, Kluang dan Kulai dengan majoriti besar beserta
mengekalkan kerusi Bakri. Kalau bukan atas undi Cina, siapa lagi?
DAP
menampilkan 14 orang calon bertanding kerusi DUN di Johor.
Mereka ialah
Tan Chen Choon (Jementah), Lim Eng Guan (Bekok), Ee Chin Li (Tangkak), Chua Wee
Beng (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Gan Peck Cheng (Penggaram, Tan
Hong Pin (Mengkibol), Liow Cai Tung (Johor Jaya), Chen Kah Eng (Stulang), Cheo
Yee How (Pengkalan Rinting), Dr Boo Cheng Hau (Skudai), Wong Shu Qi (Senai),
Yeo Tung Siong (Pekan Nenas). Kesemua-semua 13 calon Cina menang.
Hanya
seorang sahaja calon DAP kalah di DUN Johor, iaitu Shanker a/l Rengganathan di
Paloh.
Statistik
PRU13
Sejumlah 11,054,577
undi dibuang dalam pemilihan peringkat Parlimen PRU13.
Pakatan
meraih undi popular sebanyak 50.9 peratus, yakni 5,623,984 undi. BN hilang
sokongan popular dengan mencatat 47.4 peratus / 5,237,699 undi.
Umno parti
yang mendapat undi terbanyak, yakni 3,241,286 atau 29.3 peratus undi.
DAP
memperolehi 1,736,267 undi, iaitu 15.7 peratus berbanding 882,538 undi (7.98%)
yang dipungut MCA. Secara kasar berdasarkan kiraan undi popular, prestasi DAP
dua kali ganda lebih baik pencapaian MCA.
Kedudukan
kerusi Parlimen:
Umno — 88
DAP — 38
PKR — 30
PAS — 21
MCA — 7
MIC — 4
Gerakan — 1
Kesan
pengaruh undi Cina
Kelantan dan
Terengganu hanya mempunyai segelintir sahaja penduduk Cina, masing-masing 3.4%
dan 2.6%. Intipatinya pemilih Cina tidak mengenakan apa-apa impak mendalam
terhadap kutipan undi di kedua-dua negeri pantai timur tersebut di mana PAS
menongkah arus dengan pencapaian yang memuaskan.
Kesan
tsunami Cina paling ketara di Johor. Pada tahun 2008, pembangkang menang satu
kerusi Parlimen (Bakri) dan empat kerusi DUN.
Dalam PRU13,
pembangkang menang lima kerusi Parlimen di Johor — Bakri, Gelang Patah, Kulai,
Kluang (semua DAP) beserta Batu Pahat di mana Puad Zarkashi, calon Umno mesra
Perkasa yang dipandang sebagai seorang Melayu ultra, telah tewas kepada calon
PKR. Batu Pahat ialah sebuah kawasan 45.6 peratus pemilih Cina.
Seterusnya
DAP kalah tipis di Labis dan Bentong.
LABIS
- Peratus mengundi: 84.91% (berbanding 71.82% tahun 2008)
- Pecahan kaum: M: 36.5%, C: 46.5%, I: 15.1%
- Undi: MCA: 15,821 DAP: 25,568 Majoriti: 353
BENTONG
- Peratus mengundi: 84.51% (berbanding 72.69% tahun 2008)
- Pecahan Kaum: M: 44.9%, C: 43.9%, I: 9.12%
- Undi: MCA 25,947 DAP: 25,568 Majoriti: 379
Keputusan di
Labis dan Bentong menunjukkan bahawa undi Cina telah berpindah secara
besar-besaran kepada DAP dan pembangkang.
Seorang
fellow di badan pemikir Penang Institute Dr Wong Chin Huat berpendapat bahawa
undi Cina akan amat kuat pengaruhnya jikalau orang Cina melaksanakan strategi
mengundi secara bersatupadu (“vote as a bloc”). Telahan Chin Huat – yang juga
seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih – telah dibuktikan sebagai begitu
tepat sekali.
[Nota:
Penang Institute ialah sebuah think-tank yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng;
CEOnya ialah Zairil Khir Johari.]
Voter
turnout memberangsangkan
Mengikut
laporan Sin Chew pada 29 Mac 2013, pemilih berdaftar Cina berjumlah 3.94 juta
orang ataupun hampir 30 peratus daripada pecahan pemilih kesemuanya.
Mengikut
kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya, 84.84 peratus pemilih keluar mengundi pada 5
Mei 2013.
Voter
turnout secara am sebanyak 85 peratus (angka dibulatkan) adalah amat tinggi.
Besar kemungkinan di kalangan hampir 4 juta pemilih Cina itu, voter turnout boleh
mencecah 90 peratus ataupun lebih.
Kawasan-kawasan
yang dimenangi DAP semuanya menrekodkan peratusan voter turnout yang tinggi. Di
Gelang Patah ianya 88.9%, Kulai 89.2%, Kluang 86.6% dan Bakri 86.7%. Maksudnya
orang Cina berduyun-duyun keluar memberi sokongan kepada DAP.
Screenshot
atas: Tweet oleh Rajiv Rishyakaran, pembantu peribadi Hannah Yeoh yang berjaya
dilantik menjadi Adun Bukit Gasing, Petaling Jaya “ini kali lah”
Tambahan
undi kepada Pakatan
Pada tahun
2008, Pakatan memperolehi 653,120 undi di Selangor. Dalam pilihanraya tahun
ini, undi Pakatan ialah 1,044,758. Tambahan undi kepada Pakatan di Selangor
ialah sebanyak 391,638.
Sementara
itu, peningkatan undi bagi BN di Selangor dari tahun 2008 ke 2013 hanya sebanyak 163,411.
DAP amat
giat mengusahakan kempen mendaftar pengundi baru. Pada tahun 2008, DUN Subang
Jaya mempunyai 33,412 orang pemilih manakala pada tahun 2013, jumlah pemilih
kawasan tersebut telah meningkat hampir dua kali ganda kepada 61,688.
Di Pulau
Pinang, Pakatan memperolehi sejumlah 492,863 undi dalam PRU13 berbanding
331,771 dalam PRU12. Tambahan undi kepada Pakatan di Pulau Pinang ialah
sebanyak 161,092.
Sementara
itu, peningkatan undi bagi BN di Pulau Pinang dari tahun 2008 ke 2013 sekelumit
sahaja, iaitu 19,691.
Pola yang
perlu diperhatikan ialah peningkatan undi yang begitu banyak bagi Pakatan di
negeri-negeri yang dikuasai mereka iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Perkembangan
ini dipupuk dengan usaha-usaha mencuci otak menerusi pendedahan tepu kepada
media rasmi negeri Selangor TV, Media Selangorku, Selangorkini, Selangor Times
dan The Star Metro.
Sekiranya
dikaji negeri-negeri yang diperintah BN, tidak terdapat peningkatan jumlah
pemilih yang mendadak. Di Pahang contohnya, BN mendapat 337,596 undi dalam
PRU13 berbanding 268,288 dalam PRU12, iaitu pertambahan sebanyak 69,308 undi.
Mengikut
banci yang dijalankan pada tahun 2010, Pahang mempunyai jumlah penduduk seramai
1,500,817 dan Pulau Pinang seramai 1,561,383.
Pahang dan
Pulau Pinang mempunyai jumlah penduduk yang dekat-dekat sama (1.5 juta) tetapi
di Pahang hanya 611,766 orang pemilih keluar mengundi (tidak termasuk undi
rosak) berbanding di Pulau Pinang 727,244 (undi sah) dalam PRU13.
Perbandingan
Pahang (negeri BN) dan Pulau Pinang (negeri DAP) menunjukkan penyokong parti
DAP lebih mengambil berat penglibatan yang aktif dalam politik.
Kesimpulannya
DAP sangat cekap dan agresif dalam menanam naluri fanatisme politik dalam
sanubari para pengikut mereka.
Pertambahan
undi Cina
Dalam PRU13,
sebanyak 5,623,984 undi diberikan kepada Pakatan. Dalam PRU12, Pakatan telah
mendapat 3,746,028 undi.
Bermakna
Pakatan memperolehi tambahan sebanyak 1,877,956 undi.
Tambahan
undi kepada Pakatan adalah paling banyak di:
- Selangor: peningkatan sebanyak 391,638 (naik daripada 653,120 kepada lebih satu juta)
- Johor: peningkatan 306,617
- Perak: 175,151
- Pulau Pinang: 161,092
- Sarawak: 151,915
- Wilayah Persekutuan: 125,422
Pulau Pinang
DAP menang
semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya di Pulau Pinang.
PKR pula
mengetengahkan calon-calon berikut:
- Syed Mikael Rizal Aidid (Bertam) — kalah
- Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal) — kalah
- Norhayati Jaafar (Telok Ayer Tawar) — kalah
- Afif Bahardin (Seberang Jaya) — menang
- Norlela Ariffin (Penanti) — menang
- Lee Khai Loon (Machang Bubuk) — menang
- Ong Chin Wen (Bukit Tengah) — menang
- Law Choo Kiang (Bukit Tambun) — menang
- Maktar Shapee (Sungai Bakap) — menang
- Badrul Hisham Shaharin (Sungai Acheh) — kalah
- Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) — menang
- Jayabalan A Thambyappa (Batu Uban) — menang
- Mohd Rashid Hasnon (Pantai Jerejak) — menang
- Abdul Malik Abdul Kassim (Batu Maung) — menang
- Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong) — kalah
- Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang) — kalah
Semua calon
Cina PKR menang di Pulau Pinang.
Enam calon
PKR Melayu di Pulau Pinang kalah:
- Bertam (pemilih Melayu: 61.9%)
- Pinang Tunggal (M: 70.2%)
- Telok Ayer Tawar (M: 65.4%)
- Sungai Acheh (M: 68.7%)
- Pulau Betong (M: 59.1%)
- Teluk Bahang (M: 60.4%)
Pola
pengundian menunjukkan bahawa Pakatan ditolak di kawasan-kawasan Melayu pekat
di Pulau Pinang.
Perak dan
Selangor
Kerajaan
negeri Perak 2013 dibentuk oleh 30 orang Adun Umno dan seorang Adun MCA.
Calon-calon Gerakan (4), MIC (3) dan PPP (1) semua tewas.
Calon-calon
Pakatan yang menang di DUN Perak ialah DAP (18), PKR (5), PAS (5).
DUN Perak
dipisahkan mengikut garis pihak pemerintah Melayu di satu belah dan puak
pembangkang Cina di belah yang lain.
Di Selangor,
kekuatan ketiga-tiga komponen Pakatan adalah setara dengan DAP 15, PAS 15, PKR
14 kerusi DUN dipegang masing-masing.
Pemimpin DAP
dan Dapster menguar-uarkan bahawa pemilih mengundi mengikut “urban-rural
divide”, yakni orang bandar termasuk kaum Melayu dan generasi muda memilih
Pakatan manakala orang kampung memilih BN.
Rumusan ini
nampaknya boleh diterimapakai di Selangor. Sudah tentu sekali Melayu yang
memilih pembangkang adalah peminat tegar The Star!
Ruj. carta
pai: Sebanyak 25 peratus pembaca The Star ialah orang Melayu.
http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1
Johor dan
Sarawak
Terdapat
pertambahan besar penyokong Pakatan di Johor dan di Sarawak. Di kedua-dua
negeri ini, DAP yang menang besar.
Di Johor,
DAP menang 13 kerusi DUN kali ini berbanding 4 pada tahun 2008. PAS menang 4
kerusi DUN di Johor dan PKR satu. Bermakna undi bagi pembangkang di Johor
adalah kebanyakannya undi untuk Cina DAP.
Di Sarawak,
DAP menang 5 kerusi Parlimen kali ini berbanding satu pada tahun 2008.
PKR menang
satu kerusi Parlimen Sarawak dan PAS sifar. Bermakna undi bagi pembangkang di
Sarawak adalah kebanyakannya undi untuk Cina DAP.
Tahap
sokongan Cina bagi DAP
Seputeh
Cuba kita
tengok pada kerusi Parlimen Seputeh. Ia kawasan 89.69% pemilih Cina, 5.62%
Melayu dan 4.54% India.
Teresa Kok
menerima 61,500 undi dan lawannya Nicole Wong 9,948 undi.
Katakan undi
golongan pemilih India dibahagikan 50:50. Maka DAP dan MCA masing-masing
mendapat 1,631 undi India.
Katakan juga
Teresa mendapat undi Melayu 30 peratus (sebenarnya 30% ini satu anggaran yang
agak tinggi; sebagai perbandingan, hanya 5 peratus sahaja kaum Cina yang
mengundi BN di Selangor mengikut dapatan maklumat oleh pengarah pilihanraya BN
Selangor Mohd Zin Mohamed).
Maka kita
anggarkan bahawa Teresa Kok telah mendapat 1,212 undi Melayu.
Jadi undi
yang terima oleh Teresa daripada pemilih Cina ialah (61,500 undi semuanya tolak
1,631 undi India tolak 1,212 undi Melayu =) 58,657 undi Cina.
Sejumlah
71,859 undi telah dibuang di Seputeh. Dengan menggunakan formula nisbah kaum,
lebih kurang 64,450 orang Cina, 4,038 orang Melayu dan 3,262 orang India telah
keluar mengundi pada 5 Mei.
Mengikut
kiraan yang kita buat tadi, Teresa Kok mungkin mendapat 58,657 undi Cina. Kita
telah menganggarkan tadi bahawa 64,450 orang Cina keluar mengundi (voter
turnout 83.6% daripada 85,976 orang pemilih berdaftar di Seputeh).
Maka kita
boleh buat unjuran bahawa Teresa Kok – yang menang dengan majoriti pecah rekod
51,552 undi – telah berjaya meraih sekurang-kurangnya 91 peratus sokongan
pemilih Cina.
Kalau bukan
tsunami Cina apa lagi?
Kupasan
butir-butir data pilihanraya di atas memberi gambaran kukuh bahawa telah
berlaku tsunami Cina dalam PRU13.
Lagipun
bukankah DAP telah berkempen bermati-matian di kalangan orang Cina?
Ceramah-ceramah dan perhimpunan-perhimpunan raksasa yang menggegar alam di
Johor, Pulau Pinang, Perak dan tempat-tempat lain semuanya dibanjiri lautan
peserta Cina, bukan?
DAP juga
begitu galak menggesa orang Cina yang bekerja di Singapura dan lain-lain negara
asing supaya pulang untuk mengundi, sehinggakan perjalanan pulang mereka telah
menimbulkan kesesakan lalulintas di Tambak Johor.
Umno yang
menang undi Melayu
PAS
meletakkan calon di 73 kerusi Parlimen dan yang menang 21. Kawasan-kawasan di
mana PAS bertanding adalah kawasan majoriti Melayu. Lantaran itu, kekalahan PAS
menggambarkan Pakatan hanya mendapat sambutan suam-suam kuku daripada kaum
Melayu, terutamanya di pantai barat.
Pengundi
Cina paling tinggi nisbahnya di:
- Pulau Pinang (53.4 peratus)
- Wilayah Persekutuan (52.2 peratus)
- Johor (38.8 peratus)
- Perak (37.7 peratus)
- Selangor (34.0 peratus)
Pakatan
meraih undi popular paling tinggi di Pulau Pinang (67.8%) dan Wilayah
Persekutuan (63.1%). Ini bermakna Pakatan paling popular di dua buah negeri ini
yang mempunyai peratusan pemilih Cina yang paling tinggi.
Lantaran
itu, kita boleh mengandaikan bahawa sokongan tahap fanatik telah diberikan kepada Pakatan (baca: DAP) oleh kaum Cina.
Kalau
Pakatan lebih popular di kalangan orang Melayu, tidak masuk akal PAS akan
kehilangan negeri Kedah. Juga Umno menang di negeri Perak atas undi Melayu yang
amat mantap.
Kajian oleh
Paraman Subramaniam, seorang penganalisa Hindraf, mendapati 15 swing seats yang
dimenangi BN kali ini (yang gabungan itu kalah tahun 2008) semuanya kerusi
Parlimen majoriti Melayu purata 79.3% dengan pemilih Cina pada purata 11.8%.
Umno telah
menang balik 9 kerusi yang BN kalah dahulu. Bermakna BN mendapat balik sokongan
swingback orang Melayu.
Sementara
itu, Pakatan menang 22 swing seats yang dahulunya milik BN. Sebelas daripada
kerusi yang Pakatan menang kali ini mempunyai purata 42.73 peratus pemilih
Cina.
Tidak lain
dan tidak bukan TSUNAMI CINA !!
Jadi kenapa
sekarang ini DAP pula menafikan kejayaan sendiri selepas mereka puas
bertungkus-lumus dan berhempas-pulas untuk mencetuskan satu Pemberontakan Cina?
Ish, ish, ish. Lembu punya susu hendak diberikan nama kepada sapi gak.
Lagipun MCA,
Gerakan dan SUPP sudah bungkus. Bukankan lingkupnya ketiga-tiga parti Cina ini
kesan tsunami yang digerakkan DAP?
Malah dua
orang calon MCA di Pulau Pinang telah hilang deposit — Lau Chiek Tuan di
Berapit and Loke Cheang Gin di Pengkalan Kota.
Fakta-fakta
yang dikupas di atas serta kemenangan besar DAP di depan mata mengesahkan
bahawa sememangnya telah terjadi tsunami Cina.
Penafian DAP
sebagai langkah damage control (mengawal keadaan) memandangkan wujud backlash
kemarahan orang Melayu hanya membayangkan sifat hipokrit evangelista DAP yang
membaling batu tetapi cuba menyembunyikan tangan.
DAP sekadar
mahu menipu dengan penafian bodoh sepetnya bahawa tsunami Cina tidak pernah
terjadi.
Apa lagi
Cina mahu? Cina mahu agar Melayu senantiasa lurus bendul serta telan
bulat-bulat segala dolak dalih yang dikeluarkan politikus putar belit evangelis
DAP 3.0 mereka.
Baca seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment