Seorang pembaca yang tidak mahu namanya disebut di sini berkata
beberapa individu Melayu yang dibayar DAP telah diarahkan menjadi koodinator
dan ‘muka hadapan’ untuk mengerakkan road show protes jalanan ke arah
menumbangkan kerajaan melalui Malaysia Spring.
Malaysia
Spring merujuk kepada model revolusi Timur Tengah yang dikenali sebagai Arab
Spring.
“DAP bijak.
Mereka tidak mahu jadi ‘muka hadapan’, walaupun mereka sebenarnya dalang. Jadi
mereka arahkan beberapa individu Melayu dibayar jadi ‘muka hadapan’ seolah-olah
pengerakan itu digerakkan oleh ‘muka Melayu’.
“Kaji
sedalam-dalamnya tokoh Melayu mana DAP berkempen bersunguh-sunguh untuk jadi PM
ke-7. Kaji balik kenyataan Razali, semua ini ada perkaitan,”kata pembaca itu.
Agendadaily
melaporkan Himpunan Blackout 505 di Seremban semalam adalah siri kelima
rentetan siri himpunan dari Kelana Jaya ke Batu Kawan, Ipoh dan Kuantan.
“Masuk
himpunan Blackout 505 yang kelima di Seremban Jumaat malam ada kalangan hadirin
yang kedengaran berbisik sesama mereka kesian tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang terus meroyan hendak juga jadi Perdana Menteri.
“Sudah la
tu…gandingan setianya sepanjang himpunan ini ialah Timbalan Presiden PAS Mat
Sabu.
“Kebetulan
kedua mereka ada kes dakwaan melibatkan moral.Satu dengan kes video China Doll
dan satu lagi sembang syahdu dan berahi dengan isteri orang di telefon.
“Ibarat
macam orang yang tak lepas gian,kedua mereka tidak lekang perkataan ‘
tipu..tipu’ semasa berucap membakar semangat penyokong yang terkinja-kinja
telan cakap seolah pakatan yang sebenarnya menang PRU13,”lapor portal itu.
Pada
November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang
terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP
setiap bulan untuk menjadi jurucakap bagi DAP dalam parti berjenama Islam itu.
IB menamakan
salah seorang yang dibayar itu adalah Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu.
Mat Sabu
pernah mengaku, ‘ada pihak tolong bayar’ kepada CN Afghani, apabila ahli seumur
hidup Pas itu membangkitkan isu kereta baru Honda CR-V yang dipakai oleh
Timbalan Presiden Pas itu.
Semasa
berkempen dalam PRU 13 baru -baru ini, Mat Sabu mendakwa Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng sebagai adiknya sendiri.
“Guan Eng
itu Cina bukan? Dia Cina bukan? Dia orang Cinakan? Tetapi dia adik saya,”
katanya ketika berceramah di Padang Kota Lama, 3 Mei.
Mat Sabu
yang bertanding di Parlimen Pendang, Kedah telah tewas kepada calon BN, Datuk
Othman Abdul dengan majoriti 2,638 undi.
Sebelum ini,
pada PRU 2008, Parlimen Pendang adalah milik Pas, apabila calonnya, Dr. Mohd.
Hayati Othman menewaskan calon BN, Datuk Paduka Md. Rozai Shafian dengan
majoriti 4,073 undi.
Bekas
aktivis dan operatif Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mengesahkan
Mat Sabu memang dibayar DAP dan beliau sendiri yang menjadi perantaranya.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment