Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 21, 2013

Boikot Air Asia yang biadap, tak prihatin dan dikuasai asing


Melihat pelbagai sikap bongkak pengurusan Air Asia dan kecuaian kakitangan Air Asia terhadap keselamatan penumpang, elok kita ajar dengan memboikot Air Asia.

Dahlah keselesaan penumpang tak dihormati dan diutamakan dengan jadual yang selalu lambat, dan sengaja membiarkan penumpang menunggu lama serta caj sudah mula mahal dengan sur caj yang tersembunyi.

Sebelum ini, Air Asia boleh begitu cuai hingga terpaksa mendarat kerana kekurangan minyak. Nasib baik ada tempat mendarat. Baca di Cili Padi Di Sini

Apa akan jadi jika tiada tempat mendarat? Salahkan penumpang?

KIni pula kisah dan komen Mazidul AKmar mengenai ketidak-prihatinan kakitangan Air Asia terhadap penumpang khususnya seorang bayi yang dibiarkan saja di Vietnam. Baca di Utusan Malaysia SINI. dan Sini

Akhirnya MAS yang lebih prihatin dan didapati bayi itu tak sakit pun. Baca Megat Panjialam Di SINI. Doktor yang diguna Air Asia pun doktor murah kot.

Kata-kata Azran terhadap Utusan Malaysia tidak boleh diterima dan alasan Tan Sri Rafidah bahawa itu adalah pandangan peribadi tak boleh diterima sekali.

Setiap orang yang ada kedudukan dan public figure perlu sedar bahawa mereka menjadi demikian kerana jawatan yang mereka pegang. Apa yang dikata dan sebut serta perangainya di khalayak ramai mencerminkan organisasi mereka.

Alasan Rafidah sebagai bekas pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan tentu sekali tidak boleh diterima. Terbaru gaya hidup Azran pun mula jadi persoalan. Baca Megat Panjialam di SINI

 Orang business hanya kenal wang maka cara nak ajar adalah dengan menafikan wang kepada mereka. Boycot Air Asia, naik MAS atau Malindo.

Shareholder Air Asia lebih ramai orang asing dari orang Malaysia malah ikutkan penyenaraian air Asia tergendala kerana ia dikuasai asing.

MAS dan Malindo majoriti Malaysia.

Baca seterusnya : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.