Sepasang suami-isteri dan dua saudara mereka maut dalam
kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)
berhampiran Bukit Antarabangsa, semalam.
Mereka yang maut ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri
Nurul Intan Syahida, 22, serta dua sepupu isteri pemandu kereta itu, Tengku
Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.
“Kemalangan itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal
dan kesemua mangsa mati di tempat kejadian,” kata jurucakap polis trafik.
Beliau berkata dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu,
kereta Perodua Viva yang dipandu Hasbullah dilanggar sebuah kereta Proton
Satria yang terbabas sebelum sekali lagi dilanggar sebuah kereta lain.
Kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit
Antarabangsa dipercayai mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang
melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang itu terlanggar pembahagi jalan dan
terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang dan melanggar kereta Perodua Viva.
Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah
kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.
Seorang penunggang motosikal yang turut terlibat dalam
kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital.
Sumber
No comments :
Post a Comment