Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah,
berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun
lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi
baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab
adalah dari Nabi Ismail, bangsa Melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih
dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini
bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang
dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu).
Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan
bangsa arab di sekitar Timur Tengah ...ini.
Bangsa Melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian
bertukar/terkenal dengan JAWA) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka
lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari
ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga
kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui
empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.
Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang
disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam
ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis
Nabi s.a.w.,
“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan
muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”
Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan
timur yang dimaksudkan ialah, bangsa Melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak
menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari
keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan
para sahabat.
Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang
tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul
ada bersama mereka.
“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul
yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan
hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha
Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat
keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari
orang-orang yang bertakwa.”
Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda
mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda
dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan
mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan
Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka
bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah
yang ditanggung mereka.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment