Kalangan
rakyat Malaysia terutamanya yang terlibat secara langsung bagi menentukan
halatuju negara dengan cara mengundi pada 5 Mei 2013 sudah pun sedia maklum
yang Barisan Nasional berjaya untuk terus kekal memerintah bagi penggal 5 tahun
seterusnya daripada sekarang.
Walaubagaimanapun,
tidak sampai 2 minggu selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan,
kalangan yang pro Pakatan Rakyat telah melaungkan semboyan buat pertama kalinya
untuk…..
Untuk
menumbang & menggulingkan kerajaan Barsian Nasional sekarang ini melalui
perhimpunan secara besar-besaran. Itu antara perancangan kalangan pro Pakatan
rakyat. Setakat ini, belum ada lagi pengumuman & kenyataan rasmi yang
keluar daripada kalangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat
Sumber : Free Malaysia Today
Bagi
pendapat kami, tidak usahlah menggunakan mekanisme yang sebegini rupa untuk
menjatuhkan sesuatu kerajaan. Natijahnya, jikalau ini berlaku, apakah penyokong
dan pimpinan Barisan Nasional akan berdiam diri? Akhirnya siapa yang ruginya?
Begitulah juga jika berlaku sebaliknya…
“Masing-masing
akan cuba jatuh-menjatuhkan dengan cara sebegini rupa”
Dalam
politik, perkara biasalah akan ada pertembungan idelogi dan fahaman sehingga
akhirnya menyebabkan kalangan rakyat Malysia memilih parti mana yang dirasakan
sesuai dengan aspiarasi yang diimpikannya untuk dirinya dan juga negara. Tidak
kisahlah bukan? Bukankah itu demokrasi namanya? Masing-masing ada hak untuk
memilih.
Tidak
kiralah anda menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.
Tetapi…..seandainya, anda tidak menyokong kerajaan yang ada sekalipun, cara
menumbangkan sesuatu kerajaan dengan cara sebegini rupa (riot ataupun
demontrasi sehingga tumbangnya kerajaan) bukanlah langkah yang betul dan
terbaik.
“Gunakanlah
saluran yang betul”
Bukankah
lebih baik, apabila keputusan PRU13 telah digazetkan, hantarkanlah petisyen
bagi membantah keputusan PRU13 yang dirasakan berlakunya penyelewengan berserta
bukti-bukti sahih yang boleh menyokong dakwaan-dakwaan yang sedang bertebaran
di Internet ketika ini. Usahlah terburu-buru ketika membuat keputusan.
Insyalalah jika berfikir dengan pertimbangan baik, pastinya akan ada jalan
penyelesaiannya…..Apa pendapat anda pula?
P/S :
Wajarkah diadakan perhimpunan bagi menjatuhkan kerajaan sekarang apabila anda
melihat keputusan Pilihanraya Umum ke 13 berdasarkan pertimbangan dan
pemerhatian anda setakat ini? Mengapa?
Sumber : Berita Semasa
No comments :
Post a Comment