Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 24, 2013

Pengerusi SPR Elok Letak Jawatan Jika Takut Bertindak


Saya percaya ramai orang sudah letih dengan isu pengundi hantu, mengundi dua kali, black-out dan sebagainya. Terbaru muncul seorang budak mendakwa beliau telah mendapat kertas undi sebanyak dua kali. Menurut laporan media dan blog:

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, yang pernah mengambil bahagian dalam demonstrasi Anti-LYNAS mengaku keluar mengundi dua kali atas alasan mahu membuktikan ketelusan sistem pilihan raya walaupun menggunakan dakwat kekal.
Beliau dilaporkan mengundi pada kali pertama pada jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan keluar mengundi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama selepas mendakwa dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dia membasuhnya hingga bersih untuk pergi mengundi kali kedua (sebagaimana dalam laporan polisnya). 
Fadhli bagaimanapun tidak membuang undi kali kedua itu, sebaliknya menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai dakwaan bukti kelemahan SPR, selain terus membuat laporan polis.

Budak ini ada kesungguhan untuk menjahanamkan sistem pilihan raya di Malaysia. Beliau pulang, hilangkan dakwat kekal dan datang mengundi semula. Anehnya beliau boleh dapat dua kali kertas undi walaupun namanya telah dipotong ketika mengundi kali pertama.

Ini pula jawapan pengerusi SPR,



Berdasarkan penjelasan Pengerusi SPR dan pengalaman penulis sendiri,tidak mungkin seseorang itu boleh mengundi dua kali dengan nama yang sama biar pun jarinya tiada dakwat kekal. Nama telah dipotong.

Persoalannya:


1. Mengapa setelah hampir seminggu belum ada tindakan diambil ke atas Petugas SPR yang terbabit? Kita tahu hanya petugas terbabit sahaja boleh memberi kertas undi kali kedua.

Jadi mengapa sehingga sekarang SPR belum membuat laporan Polis? Jika laporan polis telah dibuat mengapa sehingga sekarang Petugas terbabit belum ditahan reman untuk siasatan? Ini merupakan sabotaj tahap tertinggi dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia.

Hakikat perkara ini dilakukan oleh aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan ia dilakukan secara terancang. Perancangan ini tidak boleh dibuat tanpa komplot oleh petugas SPR.

2. Kita bukan lagi mahu dengar penjelasan demi penjelasan Pengerusi SPR. Pengerusi SPR asyik sebut soal undang-undang pilihan raya tapi sudah berapa ramai di dakwa?

Kita mahu melihat tindakan dibuat serta-merta. Masa depan keamanan dan keselamatan negara terancam akibat tindakan tidak cekap SPR menangani isu ini.

3. Pengerusi SPR usah tanya logik atau tidak. Yang rakyat mahu lihat ialah siasatan dan tindakan undang-undang dilakukan segera. Dedahkan siapa petugas terbabit, apa jawatan beliau dan apa latar belakang politik beliau.

Ini bukan kes pertama. Kes black-out di Bentong juga belum ada tindakan undang-undang walaupun semua parti bertanding termasuk DAP menafikan ianya berlaku. Kita sudah bosan dengan penjelasan tanpa tindakan.

Sudah hampir sebulan, tapi yang kita nampak hanya Pengerusi SPR asyik menerangkan tanpa tindakan.



Baca seterusnya : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.