Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 19, 2013

Pasukan peronda DAP membentuk bridged wanita pula sekarang

Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Bridged Wanita akan ditubuhkan ekoran “rekod kejayaan kerajaan negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela”, mengikut satu laporan Buletin Mutiara beberapa hari lepas pada 15 Mei 2013.

Walau bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan selain berkata bahawa bridged tersebut akan diletakkan secara khusus di bawah pejabat Ketua Menteri.



PasukanPerondaDAP

PG1 ialah plet nombor kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang
PG1 ialah plet nombor kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang


DapsterPaper


Merekrut Dapster streetfighter

Semenjak DAP menang besar dalam pilihanraya pada 5 Mei baru-baru ini, kain rentang iklan untuk merekrut ahli-ahli baru pasukan peronda juga telah dipasang di kawasan-kawasan Cina yang dimenangi parti tersebut.

Kumpulan berciri vigilante yang kian ramai keahliannya nampaknya diletakkan di bawah kawalan secara terus orang DAP.


Wartawan akhbar Cina Guang Mimh dibelasah samseng pasukan peronda
Wartawan akhbar Cina Guang Ming Daily dibelasah 
samseng pasukan peronda


http://zamkata.blogspot.com/2012/12/tindakan-jenayah-pasukan-peronda.html

Kurang ajar

Sila baca di blog bekas Menteri Penerangan Zainuddin Mydin tentang kelakuan samseng ‘Brownshirts’ Lim Guan Eng yang memukul jurugambar suratkhabar Cina.

Ciri-ciri Papa Dapster yang tertera dalam Word Cloud (gambarajah bawah) dikutip daripada ungkapan-ungkapan yang sendiri disebut Tunku Aziz Ibrahim dalam temuramahnya sejurus selepas beliau meninggalkan DAP.


WordCloudDapster

Jerusubang

Politikus evangelista DAP 3.0 giat membina personality cult mengelilingi diri mereka dengan mengumpul pengikut-pengikut yang taksub.

Setahu saya, perbuatan “bless” ataupun memberi blessing biasanya akan dilakukan oleh paderi. 
Tetapi di sini, si Hannah Yeoh yang mahu “bless” orangramai.

Tweet oleh DAP Subang Jaya (screenshot bawah) mengatakan Hannah Yeoh akan melawat ke kawasan PJS 7 untuk “bless mothers” sempena Hari Ibu.

Di Pulau Pinang Guan Eng dipuja macam Tokong. Di Subang Jaya Hannah Yeoh memperagakan dirinya ibarat wali Kristian.

Para politikus yang suka mengkaldaikan agama adalah yang paling licik sekali memainkan sentimen khalayak umum dalam suasana ketegangan sosial kita hari ini.


priest bless

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2013-05-18 15-41-58




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.