Anwar dengan
marahsombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu
ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir
dengan sebuah tulisan sahaja.
Rakyat boleh
menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" .
Tatkala
Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan
DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar
Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan
kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.
Tatkala
pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan
kekalahan Pakatan, tatkala pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS
Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan
Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.
Siapa menipu
rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit
gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi
berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi
berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit?
Siapa tipu
rakyat menggunakan nama Ulama besar Dr. Yusof Qardawi kononnya dialah seorang
manusia paling layak menjadi Perdana Menteri! Walhal surat itu surat palsu yang
dikarangnya sendiri.
Jika Anwar
Ibrahim bukan menipu, tidak mungkin Azmin Ali menyuruhnya "musahabahlah
kau Anwar", tidak mungkin Azmin Ali berkata "sudah bosan mengheret
rakyat berdemo demi kepentingan peribadi".
NEGARA INI
KAMU PUNYAKAH ANWAR?
Kami rakyat
sudah bosan dengan kerenahmu, menyusahkan kami rakyat jelata yang mahu hidup
aman dan damai. Kamu tahukah berapa ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor
dan Pulau Pinang yang ponteng kerja, balik awal kerana dipaksa menguruskan dan
melibatkan diri dalam demo kamu?
Kamu ingat
ini negara kamukah Anwar sehingga mengganggu fikiran mulia anak-anak kami
dengan kata-kata Rasis dan Menghasut kamu. Apakah di Malaysia ini kamu tidak
pandai bercakap mulia, berucap mahabbah, bersantun dan bersopan tanpa perlu
mengheret rakyat ke tengah padang lalu kamu kotorkan padang itu, kamu rosakkan
tandas dengan segala macam sampah, di luar stadium busuk dengan bekas makanan
dan rokok-rokok kamu, sehingga kami anak-anak geli dan nak muntah bila lalu di
kawasan itu. Kamu ingat ini negara kamu kah kamu suka hati buat begitu?
Kami tahulah
kamu pelajar Sastera dengan keputusan kelas 3, tak mengapalah saya pun bukanlah
pandai sangat tapi saya tahu membezakan angka 133 dengan 89. Saya tahu siapa menang
siapa kalah! Yang saya tidak faham kenapa orang kalah tidak mengaku kalah masih
menjerit-jerit meroyan dia menang! Anak saya tahun 1 pun tahu angka 89 lebih
kecil daripada angka 133!
Kamu memang
penipu Anwar Ibrahim, kamu kata SPR menipu tapi dalam diam-diam kamu sedang
menyusun langkah untuk menghantar petisyen kepada SPR?
Kamu Anwar
sangat ketingggalan zaman, ketika PRU13 sudah berlalu diteruskan dengan
pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuklah di
Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Raja-Raja di Perlis, Johor, Perak,
Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu,Pahang dan SPB Yang
DiPertuan Agong turut bertitah supaya rakyat kembali bersatu...kamu pula masih
lagi gila-gila bayang di tengah padang!
Kenapa kamu
tidak beritahu Lim Kit Siang "sudahlah bro Kit Siang, kita dah kalah tak
payahlah demo-demo ne, saya malu ne, saya dah tua ne,"...kenapa kamu tidak
beritahu penaja-penaja kamu atau orang-orang di luar negara yang barangkali
kamu pinjam wang mereka dengan janji-janji manis kamu beritahu kepada mereka
"saya sudah kalah, sorilah kita cuba next PRU". Senang dan mudah.
Kalau semua
itu kamu tidak boleh buat, apakah kerana kamu fikir negara ini kamu punya wahai
Anwar Ibrahim, kamu menghina rakyat yang mahukan keamanan dan kedamaian dengan
tipudemo-tipudemo kamu itu?
Pesanan dari
luar negara: "Anwar, we don't need RCI on general election. We need
urgently RCI on Lahad Datu!". Apa kamu ingat negara ini negara kamu kah
Anwar hanya nak buat RCI pilihanraya PRU13, apa pasal tak buat RCI Lahad Datu
yang membunuh dengan kejam lebih 10 perajurit negara? Saja nak sampaikan
pesanan ini kepada Anwar, sampaikanlah kepadanya.
(artikel ini
adalah kiriman emel, oleh Datuk S.)
No comments :
Post a Comment