Cina mahu
Umno mati.
Itu saja.
Cina tidak
akan berpuas hati kecuali Umno dikapan dan ditalqinkan.
Dengan
berkuburnya Umno nanti, maka Cina yakin golongan “Umnoputra” yang sering
diungkit Dapster dengan perasaan penuh jijik akan terus hilang.
Seraya
dengan kemusnahan Umno, “Ketuanan Melayu” yang selalu dikecam oleh
pemimpin-pemimpin DAP akan lesap juga.
Adakah
politik benci yang dibawa DAP telah berjaya? Cuba lihat jadual keputusan PRU13
(bawah).
PAS
bertanding sejumlah 236 kerusi DUN dan menang 85. Parti Islam itu mencapai
kejayaan 36.0 peratus.
PKR
bertanding sejumlah 172 kerusi DUN dan menang 49. PKR mencapai kejayaan 28.5
peratus.
DAP
bertanding sejumlah 102 kerusi DUN dan menang 95. Parti kononnya “Malaysian
First” itu mencapai kejayaan 93.1 peratus.
Orang Cina
yang menyokong DAP tahap gaban sememangnya menolak BN dengan sekeras-kerasnya.
Malah DAP
begitu berjaya sekali sehinggakan MCA dan Gerakan lingkup.
Ekoran parti
Gerakan kecundang, Koh Tsu Koon terpaksa meletak jawatan sebagai presiden dan
Teng Chang Yeow sebagai setiausaha agungnya.
Siapa yang
patut dipertanggungjawabkan atas kegagalan MCA serta jentera media parti
tersebut yang menikam belakang BN?
Screenshot
atas: Paparan di laman Facebook National Evangelical Christian Fellowship of
Malaysia (NECF) — sumber: Malaysian Digest
Laporan
Harian Metro hari ini: Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia menggesa
kerajaan mengambil tindakan terhadap badan induk gereja-gereja evangelis NCEF
kerana menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Apa lagi
Cina mahu?
Mereka mahu
kebas kalimah Allah.
Politikus
evangelis DAP yang memberi galakan mereka agar boleh berani mengambil sikap
militan.
Cuba tengok
wakil-wakil Cina pembangkang yang baru-baru ini melonjak naik menerusi PRU13.
Ramai Yang Berhormat keturunan Cina yang membarisi Pakatan kali ini yang nampak
evangelis.
Di bawah
ialah kenyataan tentang kalimah Allah oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, iaitu
Doktor (PhD) Ong Kian Ming.
Akhbar milik
MCA pun telah sekian lama mendokong gerakan evangelis. Baca ‘GEMPAR! Jarum
halus dakyah Kristianisasi dicucuk The Star‘
Di bawah
ialah scan sidang pengarang sisipan Metro The Star yang menggaji lebih kurang
30 orang wartawan dan mempunyai lebih sejuta orang pembaca.
Bahagian
Metro suratkhabar tersebutlah yang selalu membuat liputan kegiatan-kegiatan
Hannah Yeoh di Jerusubang.
Pengarang Eksekutif – Brian Martin
Timbalan Pengarang – Eddie Chua
Penolong Pengarang – Sam Cheon
Pengarang –
Frederick Fernandez
Pengarang
Berita – Vicky Ooi
– Aluosies
Francis
– V. P.
Sujata
– Patrick
Fong
– Esther
Chandran
Tengok pada
nama-nama mereka. Tidak ada seorangpun pengarang Melayu dalam senarai di atas.
Manakala
dengan para pemberita The Star pula, it’s hard to tell where the Red Bean Army
ends and the Red Bintang newspaper cadres begin.
Gunting
dalam Lipatan
Pada tanggal
13 Mei dua hari lepas, The Star telah menerbitkan sebuah rencana bertajuk ‘Time
to end race-based governance‘ pada mukasurat 8 dalam bahagian berita nasional
suratkhabar itu.
Penulis The
Star-newsdesk Chen Yen Ling mengadu, “In the aftermath of GE13, I am deeply
saddened because even my childhood friends of different races and political preferences
have expressed strong disagreements to a pictorial message I have shared on my
Facebook page.”
Penulis The
Star itu mahu mempertikaikan “race-based governance” iaitu rumusan BN yang
sedia ada, serta mendokong falsafah “Beyond Race” (buta warna kulit) dengan
mendakwa: “Skin colour does not matter as long as they serve all quarters of
society well”.
Ia bukannya
mengikut budi bicara The Star untuk memutuskan bahawa “(Malay) + Chine(s)e +
Ind(ian) = Malaysian” — sepertimana digambarkan dengan selamba sahaja oleh
kartun hiasan pada halaman akhbar itu (di atas).
Ciri-ciri
Malaysia sebagai sebuah negara – mengamalkan sistem raja berperlembagaan, agama
persekutuan ialah Islam, takrif kaum ‘Melayu’/kedudukan istimewa kaum Melayu —
semuanya sudah diperincikan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menyebarkan
fahaman politik melalui media sosial
Penulis The
Star Chen Yen Ling juga mengaku dirinya banyak memuatkan bahan-bahan berunsur
politik ke Facebooknya (“Perhaps it was due to my recent vigorous postings of
shared materials of political nature that provoked such a reaction”).
Dia agak
tipikal dalam mencerminkan golongan Cina yang pada masa kini mabuk politik
‘Ubah’.
Seterusnya
dia menulis (petikan):
“They have their reasons and freedom to make their statements [disagreeing] but I hope one day, they will agree with me.”
Yang bezanya
rakan-rakan Facebook Chen Yen Ling tidak diberikan peluang oleh akhbar The Star
untuk menyuarakan pandangan “kolot” dan “sempit” perkauman mereka (mengikut
Chen Yen Ling, rakan-rakan Facebook yang bercanggah pendapat adalah dikongkongi
pemikiran “old school” box).
Ini bermakna
akhbar milik MCA menyediakan pentas kebangsaan kepada orang macam Chen Yen Ling
untuk berkongsi pendapat serta propaganda politik Ubah/Firster untuk
disampaikan melalui Kumpulan Media Star kepada audien 5.63 juta orang,
terutamanya penduduk bandar yang mengundi pembangkang dalam PRU13.
[Sila baca
juga nukilan Alwie Abdullah yang menyebut bahawa beliau "melihat di
pejabat-pejabat kerajaan yang staffnya majoriti Melayu, akhbar The Star yang
paling banyak dikepit di bawah ketiak dan dibawa sama waktu sarapan".]
Dibayangkan
rasis dan merbahaya
Tambah
penulis The Star Chen Yen Ling yang falsafah politiknya pro-Ubah:
“A non-race-based government whether from a structurally changed and re-invented Barisan Nasional or one promised by opposition parties is not impossible. The road may be long and hard but I am willing to commit myself to it [...] If we refuse to open up and face reality in this rapidly changing world, we may be depriving ourselves and the younger generations of better living.”.
Jelaslah
siapa yang dituduh oleh Chen Yen Ling sebagai penyebab jurang perkauman apabila
dia menuduh: “Racial polarisation and anger clearly proved its point during
elections. It is scary to take note of the many dangerous minds revealed in the
mainstream and social media during and after GE13.”
Dan jelas
juga siapa yang dibayangkan oleh Chen Yen Ling sebagai golongan pemarah
pasca-PRU13 yang mempunyai pola pemikiran serta mungkin menyimpan niat yang
merbahaya.
Masa depan
MCA
Semakin
terselak agenda musang-berbulu-ayam The Star terutamanya ekoran kemenangan
besar DAP.
Selama ini
MCA telah melepas tangan untuk orang Star membuat sesuka hati mereka asalkan
keuntungan dikaut. Pada tahun 2010, The Star telah membayar dividen berjumlah
RM126 juta kepada MCA.
(“… MCA’s
portion of dividends declared by Star last year would amount to RM126 million”,
The Edge, 27 Sept 2011)
MCA ialah
sebuah parti kaya-raya dengan hartanya dianggarkan (conservative estimate)
bernilai RM2 bilion — ‘All eyes on the MCA presidency‘ (Bernama, 5 March 2010).
Ada sumber-sumber yang percaya harta MCA melebihi RM2 bilion.
The Star
juga sebuah konglomerat yang kaya-raya. Seorang pengarah eksekutif dalam
lembaga The Star boleh dibayar upah sehingga RM6.8 juta setahun.
Lihat jadual
ganjaran yang diterima oleh para pengarah The Star (bawah) — sumber Laporan Tahunan
2011 The Star
- Antara lima eksekutif paling top The Star ialah
- Tan Sri Fong Chan Onn
- Datuk Vincent Lee
- Ho Kay Tat (sudah meninggalkan syarikat)
- Tan Sri Kamal Hashim
- Datuk Seri Wong Chun Wai
Wah-wah-wah,
nampaknya Wong Chun Wai sebagai seorang pengarah eksekutif The Star besar
kemungkinan menerima bayaran director’s fee sebanyak RM2.2 juta setahun
(ataupun RM183,300 sebulan).
Ini tidak
termasuk imbuhan lain (“benefits-in-kind”) yang diterima oleh para pengarah The
Star bejumlah RM910,299 (lihat bawah). Dengan gaji bulanannya sebagai pengarang
kumpulan sekali, Wong Chun Wai sama kaya-raya lah dengan saudagar MCA.
Fat cat The
Star pengarang eksekutif Wong Sai Wan
Adakah The
Star akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengalih pengundi atas pagar
kepada DAP dalam PRU14 kelak?
‘Opposition
to focus on 47% of Malaysians who voted for BN’ (The Star, 13 Mei 2013) memetik
Lim Kit Siang sebagai berkata:
“We need to
win them [fence-sitters] over in the next general election,” he said at a press
conference yesterday.
“Earlier,
Lim, accompanied by Skudai assemblyman Dr Boo Cheng Hau and Gelang Patah DAP
Wanita chief Ng Siam Luang, handed out 1,000 stalks of flowers to women at the
Taman Ungku Tun Aminah market in Skudai here in conjunction with Mothers Day.”
Apa lagi
Cina mahu?
Cina DAP
mahu memegang tampuk pemerintahan negara.
Sumber & Credit Utk : Helen Ang
No comments :
Post a Comment