Selepas BN
kalah pada 2008, rakyat umumnya dapat melihat niat dan usaha dari BN untuk
tetap berkhidmat kepada rakyat dengan menyalurkan bantuan melalui Pejabat
Penyelaras Persekutuan DUN atau dikenali sebagai Pejabat DUN BN di
kawasan-kawasan kalah.
Secara
proaktifnya, banyak bantuan disalurkan samada dari segi infrastruktur mahupun
dalam bentuk kebajikan. Niat yang murni ini tentunya dengan harapan agar rakyat
meletakkan kembali kepercayaan mereka kepada BN.
Hampir semua
golongan menikmati khidmat masyarakat yang disediakan 0leh Pejabat Penyelaras
Persekutuan ini. Rakyat Malaysia, yang sinonim dengan sikap bersyukur dan
mengenang budi tetap menjadi sandaran BN untuk meraih semula kepercayaan
mereka.
Menyedari
hal tersebut, PR dengan terbukanya menyatakan “BN kasi… ambil. Undi… beri pada
PR”. Realitinya, apa yang kerap dimainkan oleh PR cukup berjaya dalam
memastikan kejayaan mereka pada PRU 13. Buktinya, di Terengganu dan Selangor,
banyak kawasan yang mana terdapatnya Pejabat Penyelaras Persekutuan mengalami
kekalahan dengan majoriti yang meningkat. Bukan itu sahaja, Ali Rustam yang
cukup dikenali kuat bekerja untuk rakyat Melaka juga tidak dapat diselamatkan
pada PRU13 ini.
Apa
sebenarnya yang berlaku?
Pertama, PR
berjaya mengikis sikap berterima kasih dan mengenang budi di kalangan rakyat.
Sungguhpun cara berpolitik ini hanya akan “membunuh” nilai murni rakyat
Malaysia, PR tidak peduli, kerana yang penting adalah undi. Hakikatnya, kawasan yang diwakili oleh ADUN
PR tidak perlu bersusah payah untuk pembangunan infrastruktur mahupun kebajikan
rakyat kerana tugas tersebut telah diambilalih oleh Persekutuan. Waima sebagai
ADUN, wakil rakyat PR hanya perlu fokus kepada ceramah-ceramah dan sedikit
sumbangan sekadar untuk meraih publisiti sahaja.
Kedua,
peranan yang efektif dimainkan oleh Pejabat Penyelaras Persekutuan DUN telah
membuatkan rakyat di DUN tersebut menikmati segala kemudahan waima ADUN PR
sekadar berpolitik siang dan malam. Malah di Selangor, wakil rakyat tidur
sewaktu sidang DUN pun masih lagi menang pada PRU13 baru-baru ini. Mungkin pada fikiran rakyat, tiada beza
sekiranya BN menang atau kalah kerana keperluan dan kehendak mereka dipenuhi
oleh BN. Segala masalah diajukan kepada
BN untuk penyelesaian. Masalah selesai, tetapi undi tetap kepada PR. Contoh paling tepat adalah apa yang berlaku
ke atas Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Beliau bekerja untuk rakyat, tetapi gagal
memenangi kawasan tersebut.
Salam
dihulur disambut secara bermuka-muka. Habis manis sepah dibuang. Amalan
berterima kasih dan bersyukur semakin terhakis dengan gaya politik PR.
Kini, timbul
desas-desus bahawa MB Terengganu bakal menggunakan cara yang agak keras, iaitu
tidak akan membuka pejabat penyelaras persekutuan di DUN-DUN yang tewas. Apa yang cuba dilakukan oleh Ahmad Said ialah
sekadar menjawab kembali kata-kata “Minta pada BN, Undi Pada PR”.
Mungkin bagi
Ahmad Said, “Undi Pada PR, Pergi Minta PR”!…
Kalau benar
desas-desus ini, maka rakyat perlu belajar merasai “kehilangan” BN. Dan pada hemat penulis, ini mungkin cara yang
agak menarik setelah “kasih-sayang” gagal menambat hati pengundi.
BN bagi..
sudah diambil. Dan undi pula diberi pada PR.
Kini, terima lah jawapan kepada perlakuan sendiri.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment