Guru-guru penyokong tegar pembangkang telah menghasut murid-murid dan ibubapa
dengan menggunakan laman social
Facebook, Twiter dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memfitnah
kerajaan Barisan Nasional. Manakala
guru-guru yang lebih ekstrem telah bertindak lebih melampau dengan mengenakan
denda dan rotan terhadap murid-murid yang dikesan ibubapanya penyokong Barisan
Nasional. Kementerian Pelajaran diminta menyiasat semua kes ini dengan lebih
terperinci dan mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap guru-guru yang
telah melanggar peraturan dan menyalahgunakan kuasa.
Sesungguhnya mereka ini tidak layak menjadi jentera pendidik
negara. Konsep dan tanggungjawab mendidik telah jauh terpesong dari matlamat
yang sebenar. Murid-murid merupakan generasi yang perlu diberikan didikan yang
betul dan tepat bagi memastikan negara dapat menghasilkan rakyat dan bakal
pemimpin masa depan yang berkualiti dan berwibawa.
Menurut laporan
terdapat guru-guru yang telah memfitnah dan mempertikaikan keputusan PRU13
berhubung dakwat kekal, menyatakan ada ‘black-out’, bawa lari peti undi, bawa
masuk pengundi Bangladesh dengan kapal terbang dan sebagainya.
Kebanyakkan petugas sementara SPR merupakan guru-guru di sekolah yang merupakan pusat mengundi.
Kita dapat lihat dengan jelas terutamanya guru-guru di sekolah Cina telah
bertindak berat sebelah dengan cuba mempengaruhi pengundi dan memanipulasikan
proses pengiraan undi. Mereka seboleh-bolehnya cuba merosakkan kertas undi yang
memangkah Barisan Nasional. Tambahan
pula guru-guru sekolah Cina ini seolah-olah terlalu akur dan patuh kepada agen
pemerhati dari DAP dan PKR. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam
bagi memastiklan DAP tidak mempergunakan petugas sementara SPR yang merupakan
guru sekolah Cina untuk menghasut agenda
penaklukan Malaysia sebagai negara milik
Cina sepenuhnya.
Proses pilihanraya Negara kita sememangnya merupakan antara
yang terbaik di dunia. Memandangkan Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan
Timbalan Perdana Menteri maka beliau yang arif mengenai proses Suruhanjaya Pilihanraya ini telah
berusaha memanipulasikan segala peluang dengan mencipta keraguan yang tidak
munasabah. Ini semata-mata memenuhi agenda kerakusan kuasa mereka mahu
memerintah Negara dan pada masa yang sama mahu membunuh demokrasi berparlimen
Negara kita. Maka semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab harus memastikan
agenda jahat pembangkang ini dapat kita haling sepenuhnya. Demi agama Islam,
bangsa Melayu dan tanahair.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment