Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 17, 2013

PAKATAN JANGAN NAK "PERASAN" POPULAR!


Persepsi terkini disebarkan oleh Pakatan yang kononnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini sebenarnya telah dimenangi mereka berdasarkan undi popular adalah satu bida'ah murahan semata-mata.

Statistik keseluruhan keputusan PRU-13 jelas menunjukkan undi popular Pakatan hanya di lima negeri iaitu di Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang menhuraikan perkara ini dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan berkaitan isu Pasca-PRU-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kula Lumpur semalam.

Undi popular mereka cuma 49.9 peratus, undi popular Barisan Nasional (BN) 47 peratus, tiga peratus lagi itu undi rosak dan undi calon Bebas, tegasnya sambil menambah secara keseluruhannya, BN telah mendapat undi popular di sembilan negeri melebihi Pakatan yang mendapat undi popular di lima buah negeri sahaja.

Ahmad Maslan yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, daripada lima negeri pembangkang dapat undi popular, jumlah tertinggi datangnya daripada Selangor iaitu satu juta berbanding BN sebanyak 600,000 undi popular.

"Perbezaan undi popular ini hanya 400,000 iaitu di Selangor sahaja dan bukannya bermakna seluruh negara yang menolak BN sepertimana yang ingin Pakatan gambarkan kepada seluruh dunia!"

"Dengan hanya kelebihan tiga peratus undi popular pembangkang tidak seharusnya mengatakan mereka layak menjadi kerajaan kerana ianya adalah amat tidak benar kerana kita mengamalkan 'sistem first past the post'," jelasnya sambil menambah pihak yang mencapai keputusan maka dialah yang mendapat jawatan itu.

Seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.