Ketua Pemuda
Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma kerana masalah darah
dijangkiti kuman sejak kelmarin meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 8.40 malam, sebentar tadi.
Perkara itu
disahkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zaili Cha ketika dihubungi
Peraktoday.com.
Sementara
itu, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat memaklumkan ketika ini urusan
membawa pulang jenazah sedang dilakukan keluarga Allahyarham Sharudin sebelum
dibawa pulang ke rumahnya di Batu 10, Jalan Taiping.
DaripadaNya kita datang.... KepadaNya kita akan kembali....Al-Fatihah, semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh2 para
solihin.....AMINN.
No comments :
Post a Comment