Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 24, 2013

505: Pak Lebai PAS “Berpesta” Di Kompleks PAS Kedah Bersama “Amoi DAP” Semalam?

IMG-20130522-WA012

Meriah betul di sekitar program Himpunan 505 yang dianjurkan gabungan parti Pakatan Haram di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Tidak pernah saya melihat anak mata puak-puak PAS “bersinar-sinar” seperti semalam.

Majlis itu bermula dengan solat Mahgrib berjemaah dan selepas bersolat, seperti biasa PAS akan menjalankan rutin biasa mereka menyampaikan kuliah politik waktu maghrib. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak sebelum “temasya’ di kompleks itu bermula…

Sejak awal lagi sudah dikesan ada perkara yang tidak kena di Himpunan 505 peringkat negeri Kedah itu. Bukan apa, sejak petang lagi, ramai yang lalu lalang ditepi kompleks itu dapat melihat “amoi-amoi” berpakaian hitam seksi berseluar pendek berada di perkarangan markas rasmi PAS Kedah itu.

Ada yang memakai seluar pendek dan ada pula yang memakai “legging”. Pak-pak lebai PAS pun apa lagi? Terjojollah biji mata mereka melihat “landskap” terbaru yang menghiasi kompleks parti yang kononnya berpaksikan “Islam sebagai cara hidup” itu.

IMG-20130522-WA000

Ketika Anwar, Mahfuz dan Mat Sabu berceramah kita dapat melihat dengan jelas bagaimana “China Dolls” yang dipercayai di “import” dari Pulau Pinang dan para “syabab Islam” PAS senang hati “berhimpit-himpit” sesama mereka…

Selesai berceramah, sempat pula mereka meneruskan kemesraan mereka bergambar dengan pelbagai aksi menarik. Ada yang menonggeng dan ada pula yang “menyenget”. Memang “intim: benar perlakuan mereka.

Tak pernah saya melihat perangai pak-pak lebai PAS begitu “daring” beraksi secara terang-terangan di khalayak umum begini. Kalau secara tersembunyi dan kantoi berkali-kali di hotel macam Mat Sabu itu sudah banyaklah kita dengar, kan?

Pertamanya, saya tertanya-tanya, PAS Kedah tahu bahawa kompleks itu merupakan lokasi yang sering mereka gunakan untuk berhimpun bersolat hajat beramai-ramai, membaca Yaasin dan tahlil. Jadi sudah tentu ia diimarah dengan semangat Islam dan ibadah, bukan?

Dan kali ini PAS tergamak mencemarkan kompleks berkenaan dengan “China Dolls” yang berpakaian seksi mendedahkan “paha gebu” mereka?

Saya tertanya-tanya, jika PAS Kedah boleh menetapkan “dress code” himpunan itu berwarna hitam, tidak bolehkah mereka menambah tatacara sertai himpunan itu supaya pesertanya menutup aurat atau sekurang-kurangnya memakai pakaian hitam yang sopan???

IMG-20130522-WA003

Seperkara lagi, apakah pak-pak lebai PAS itu sudah lupa dosa pahala dan apakah mereka lupa bahawa melihat aurat wanita begitu mampu mengundang dosa untuk umat Islam yang hadir sama di himpunan tidak berfaedah itu?

Saya yakin, DAP tidak menghormati agama PAS dan kerana itulah mereka tidak mempedulikan sensitiviti dalam soal hukum hakam di dalam Islam. Mereka tahu mereka ke majlis yang dimulakan dengan solat, bacaan Yaa Sin dan ibadah orang Islam, susah sangatkah mereka nak hormat PAS?

Paling memalukan, apabila DAP menyalakan api tanda solidariti menyokong Adam Adli, pak-pak lebai PAS itu seperti “lembu” yang tak tahu apa maksud perbuatan itu sama-sama menyalakan api dari “lighter” masing-masing!

IMG-20130522-WA010


Kalau boleh, mahu saja saya berdiri atas pentas dan jelaskan bahawa perbuatan itu hanya dilakukan oleh Kristian, Hindu dan Majusi. Islam tidak pernah ajar menyalakan api begitu. Tapi mati pula saya nanti dipukul. Puak-puak PAS memang ganas di Kedah ni, heh!

Pada hemat saya, melihat apa yang berlaku di kompleks PAS Kedah semalam, saya menyimpulkan bahawa PAS telah berjaya di“Majusi”kan oleh DAP. Terdetik dihati, kalaulah PAS boleh Islamkan puak-puak DAP ini alangkah bagusnya, bukan?

Tapi tidak. Pak-pak lebai PAS itu ikut saja perbuatan DAP. DAP nyalakan api pun mereka ikut dengan rela hati, apatah lagi kalau Guan Eng hantar “China Dolls” beraksi seksi di depan mata mereka, sudah tentulah mereka lebih suka nak ikut!

Malang sungguh PAS Kedah sekarang apabila kepimpinannya yang baru tergamak mencemar kompleks kebanggaan mereka itu dengan “dosa percuma”.

Mentang-mentanglah Ustaz Azizan sedang terlantar di hospital dan berjaya digulingkan, Mahfuz hadiah “pesta China Dolls” untuk pak-pak lebai PAS itu pula. Astaghfirullahil’azim. Baru saja diberi amanah jaga PAS Kedah, Mahfuz sudah rosakkan amanah itu?









No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.