Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 24, 2013

Biar Betul Menteri Belia Sukan Kena Raging??? @KhairyKJ @PortalSGB #FBP13


Khairy menerima anugerah pelatih terbaik dan akademik terbaik daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, 
Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 
Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah



Macam tak caya plak Ketua Pemuda UMNO yang baru dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin didera melepasi pelbagai halangan "Obstacle" yang disediakan penganjur dalam cabaran "Viper Challenge". 

Viper Challenge merupakan salah satu event menarik yang terdapat di Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta terpaksa melakukan aktiviti xtreme untuk melepasi kesemua halangan yang disediakan oleh pihak penganjur. 

KJ yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan juga tidak melepaskan peluang mencuba cabaran ini walaupun beliau merupakan seorang menteri. Dan beliau telah membuktikan bahawa beliau juga berjaya menamatkan halangan dalam usia 37 tahun dan tak sia-sia beliau mengikuti kursus askar wataniah tahun lepas Klik di sini 

Jadi, malu la anak muda yang lebih muda umurnya daripada Menteri Belia dan Sukan kalo tak mampu melepasi semua halangan tersebut. 

Oleh itu, ayuh anak muda di luar sana... Datanglah ke Festival Belia Putrajaya 2013 beramai-ramai dan mencuba halangan "Viper Challenge" ni bagi membuktikan korang boleh menewaskan Menteri Belia. 

p/s : malu la kalo korang lagi muda dari KJ tak boleh lepas halangan nie... Gua dah test dan lepas ngan jayanya walaupun umur gua sebaya dengan KJ... Ayuh anak muda!!!!


Lihat seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.