Saya ada
terbaca tentang sebuah kajian yang dijalankan oleh media, The Edge, yang
menunjukkan bahawa 81 peratus responden mahu Anwar Ibrahim bersara dari politik
sepenuhnya jika Pakatan Rakyat gagal menjajah negara pada PRU ke-13 baru-baru
ini.
Keinginan untuk
melihat Anwar bersara itu adalah ekoran kenyataan “pemilik jam tangan OMEGA
yang hilang” itu sebelum ini berulang kali menyatakan untuk bersara dari
politik sekiranya Pakatan Haram kalah pilihanraya lagi.
Menurut The
Edge, seramai 10,396 orang responden mahu Anwar bersara dari jumlah 12,736
orang yang terlibat dalam tinjauan tersebut.
Dengan itu,
saya ingin memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya tolonglah jangan biarkan
Anwar bersara dari politik. Kalau Anwar bersara, tak menariklah nanti dunia
politik tanahair, kan? Selama ini kita sangat “seronok” melihat telatah Anwar
sejak dia menceburi bidang politik…
Sejak Anwar
di universiti, dia sudah mula buat kecoh. Dia huru-harakan negara dengan
keganasan dan demonstrasi ganas yang kemudiannya mengheret dia ke Pusat Tahanan
Kamunting. “Hebat” dia, kan?
Kalau Anwar
tidak ada lagi dalam dunia politik negara, siapa pula yang akan menggantikan
dia dengan pembabitan pelbagai skandal yang menggempar negara?
Dulu ketika
Anwar di dalam kerajaan, para “balaci”nya mengelar Anwar sebagai “Mr. Pink
Form”. Dia “beli” sokongan politik dari rakan-rakan dalam UMNO melalui “pink
form” dan memikat hati akar umbi dengan ceramah auta penglipur laranya yang
mengasyikkan.
Setelah
“bapa politik wang” itu dipecat dari UMNO, boleh dikatakan sudah tidak meriah
lagi “rasuah politik” di dalam parti. Kroni-kroni Anwar makin hambar dan kecewa
apabila budaya yang diperkenal Anwar itu semakin terhakis dan boleh dikatakan
hampir pupus di dalam UMNO, kini.
Bila dia
dipenjara, kita gelihati melihat telatah lakonan “pembalut leher” Anwar.
Sekejap ada, sekejap tidak ada. Dalam penjara dan kereta tak pakai, tapi bila
depan penyokongnya di mahkamah tergopoh gapah dia pakai. Padahal, lehernya
tidak ada masalah pun!
Lagipun
kalau Anwar tidak ada pemimpin politik mana yang layak gantikan Anwar sebagai
“pelakon filem” bertaraf antarabangsa? Lakonannya disiarkan hingga ke Jepun dan
para penyokongnya masih lagi memujanya sebagai “hero”. Isterinya sendiri
menggelarnya “pemimpin anugerah Tuhan”!
Papa Nurul
Izzah memang “hebat”. Anwar sangat menjiwai wataknya sehingga kadangkala
terlupa tentang jam tangannya yang berjenama mewah, OMEGA. Mana nak cari
pemimpin politik yang mampu berlakon “sehebat” Anwar?
Kalau
dilihat pula “koleksi mangsa Anwar” sepanjang pembabitan dirinya di dalam dunia
politik, rasanya Bill Clinton pun boleh “tabik spring” padanya. Bill Clinton
hanya seorang saja skandalnya, tapi Anwar bukan saja lebih dari 10 orang, malah
berbilang bangsa dan jantina pulak tu!
Oleh itu,
saya memohon pada Anwar supaya janganlah bersara sampai mati. Kami nak
ketawakan siapa nanti kalau disebut “16 September”? Susah nak cari pemimpin
pembangkang yang buruk perangainya seperti Anwar, kan?
Rakyat
Malaysia perlu tahu. Kalau Anwar tak ada, pada siapa lagi rejim Zionis Yahudi
Israel nak salurkan wang mereka untuk tawan Malaysia? Siapa lagi yang nak
diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan Israel kalau bukan Anwar?
Baca seterusnya :di sini
No comments :
Post a Comment