Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 19, 2013

Peruntukan berjuta-juta untuk skuad ‘DAPster Streetfighter’

Nama rasmi ialah Pasukan Peronda Sukarela Negeri Pulau Pinang (PPS).

Tokong berasa gentar. Mendakwa dirinya telah dikasari.

Tokong tidak percaya polis boleh menjamin keselamatannya. Sebelum itu, pada 28 Feb 2012, 

Tokong pernah mengeluarkan kenyataan akhbar berkata:
“Following violent threats by their members, (I hold) Umno and Perkasa personally responsible if anything happens to me”.
Lepas itu pada 1 Julai 2012, Tokong mengeluarkan satu lagi kenyataan akhbar berbunyi:
“Kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit (merujuk kepada ‘serangan’ ke atasnya satu hari awal)”.
Lihat laporan ‘FMT’, bawah


Untuk melaksanakan tugas menjaga keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Pasukan Peronda Sukarela dinaik taraf.

PPS sebenarnya sudah ditubuhkan pada Mac 2009 atas inisiatif Ng Wei Aik, konco Tokong yang nombor satu.

Pasukan yang mempunyai kira-kira 4,000 ahli itu menerima peruntukan tahunan kerajaan negeri berjumlah RM1 juta setiap tahun.

Pengerusi PPS ialah Adun DAP merangkap exco negeri Phee Boon Poh — ucapannya tentang perkembangan terkini PPS boleh dibaca di portal rasmi kerajaan Pulau Pinang (screenshot di kaki halaman).

Timbul ura-ura skuad tersebut baru-baru ini diberikan ‘galakan’ oleh sektor swasta setelah rakyat marhaen semakin gusar dengan sikap Cocky dan Arrogant Tokong.


“From information gathered, the PPS is being funded by Guan Eng’s main corporate crony who is also known to be associated with the underworld in Penang. Guess who?”

Dikhabarkan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah diarah untuk memberi kelulusan bagi kegiatan-kegiatan ahli skuad itu.

Sejak kebelakangan ini, Tokong terpaksa berhadapan dengan pihak-pihak yang tidak berpuashati yang cuba mengganggunya ketika dia berada di khalayak umum.

Sewaktu tunjuk perasaan anti-Lynas, ‘rantaian manusia’ (human chain) terpaksa dibuat untuk melindungi Tokong.

Anil Netto – juga bendahari Aliran – melaporkan “samseng pro-Umno”lah yang bertanggungjawab atas ‘keganasan’ terhadap Tokong pada hari itu.

Anil merujuk kepada kejadian di Padang Kota tatkala kumpulan Himpunan Hijau anti-Lynas bertembung dengan (kononnya) “samseng-samseng pro-Umno” itu (screenshot posting blognya, bawah).

Adakah Pasukan Peronda Sukarela mula berfungsi sebagai pengawal-pengawal peribadi Tokong ketika ketua menteri itu terpaksa berdepan dengan orangramai di kawasan-kawasan Melayu Pulau Pinang?

Sila ke blog A.P.A untuk butir-butir selanjutnya tentang Skuad DAP ini.







No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.