Apabila
mengatakan bahawa Anwar Ibrahim memprotes keputusan pilhanraya yang laku, ramai
dikalangan rakyat Malaysia tertanya tanya apakah motif sebenar Anwar di sebalik
semua ini?
Kemudian
Anwar dikatakan membawa anak anak muda untuk turun melakukan himpunan kononnya
ada penyelewengan dalam pilhanraya dan terdapat kes terputusnya bekalan
elektrik di beberapa kawasan pengiraan undi.
Pengasas
Asal Bukan UMNO pula mengugut akan membawa anak anak muda serta pengikut
pakatan pembangkang untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan
Barisan Nasional dengan cara kekerasan.
Tapi satu
tindakan yang agak mengejutkan dilakukan oleh Karpal Singh pada hari ini
apabila beliau pergi membuat laporan polis tentang himpunan hitam 505 yang
diadakan dan beliau membantah apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Disini jelas
menunjukkan bahawa Anwar kini hanya bergerak sendirian tanpa ditemani oleh
rakan dalam pakatan pembangkang dan ini juga jelas menunjukkan bahawa Anwar
bakal dimatikan dalam arena politik tanah air.
Tindakan
yang dilakukan oleh Karpal dilihat tepat kerana sebagai seorang peguam, beliau
tahu akan undang undang dan perbuatan untuk mengheret pengikut ke jalan raya
adalah satu perbuatan yang menyalahi undang undang negara yang mana ianya
melibatkan keselamatan orang ramai.
Karpal juga
mungkin sudah muak dengan perlakuan Anwar Ibrahim yang tak sudah sudah
menyusahkan para pengikut serta orang ramai demi untuk mencapai matlamat beliau
untuk menjadi Perdana Menteri.
Itu juga
dilihat sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keaelamatan
orang ramai yang kemungkinan akan mendapat kecederaan atau kematian jika
berlaku rusuhan.
PAS pula
dilihay semakin memencilkan diri kerana mungkin juga tidak mahu bersekongkol
dengan kebodohan Anwar Ibrahim dalam perancangan beliau untuk melakukan
himpunan tersebut.
Kini Anwar
kesaorangan dan beliau akan terus begitu kerana kini rakan rakan baik beliau
sudah mula menyisihkan diri dan tidak lagi mahu campur tangan dalam kerja gila
yang beliau lakukan.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment