Oleh : Darul
Ehsan Today
Othman Wok
dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan
ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan
1977. Di awal kerjaya nya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu,
kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu
Singapura.
Dia
menyertai PAP selepas beberapa sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu
beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada
raja-raja Melayu (macam ape yang PKR perjuangkan sekarang ini). Ketika itu dia
banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan
hak samarata dan dasar anti raja-raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah
suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP, lebih kurang sama macam
harakah jugak la.
Selepas itu
dia dipilih menjadi sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir
dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad
Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai/ Tampines
pada tahun 1959.
Othman Wok
adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali
menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang melayu dan setiap kali dia
berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang
melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya
Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang melayu di Singapura.
Dia juga
mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan
Tunku lah dalangnya. Dia amat gembira tentang berita tentang pemisahan
Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang dia ni lah yang
menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura
dari Malaysia, yang mana ketika itu Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya
terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia. Padahal itu semua
skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa
simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.
Sehingga
sekarang ini dia masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan
orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu
sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap
Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat Kenap, Ariff Suradi, Buang Omar
Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung Melayu
menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.
Pada tahun
1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi
kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam
pertandingan itu. Akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh UMNO
yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia, apabila penduduk
kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk di situ berkumpul
di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia
dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dan dia sekali lagi
bertanding di Parlimen Pasir Panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan
sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas
Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan
Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial, satu jawatan menteri yang tidak mempunyi
apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal
ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan perdana menteri.
Selepas 14
tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi
menteri kabinet Kuan Yew. Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita
seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman
Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah
Melayu moden.
Cara jalan
cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini
di negara kita. Tak kan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang
Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.
Jangan
sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam
negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana 'memperjuangkan' nasib bangsa
sendiri.
Mirip
siapakah watak Othman Wok di Malaysia?
Fikir2kan...
No comments :
Post a Comment