Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 10, 2013

Indonesia tidak iktiraf keputusan PRU 13?



KUALA LUMPUR 10 MEI: Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.

Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan penipuan isu dakwat kekal yang luntur, pengundi hantu, pengundian berulang kali dan warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.

Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.

“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.

“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.

Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.

Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu.

Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup.

A.S kata, Indon tak payahlah sibuk hal negara orang dan macam biasa INDON takkan sokong Malaysia dalam hal ini.
Anuwar dah pergi sana kawtim awal lagi dengan pemimpin dan media Indon.

Apsal yang bengap sangat ni tak reti bezakan undi elektoral dengan undi popular? alahai...

Tak rugi apa pun tanpa tahniah dari Indon... cermin negara mereka sendiri dulu sebelum mengulas negara orang lain..


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.