Percubaan PR untuk merampas kuasa melalui pemberontakan
sudah menjadi pengetahuan umum. Siri
Himpunan Reformasi dahulu dan sehinggalah siri demonstrasi BERSIH adalah antara
percubaan-percubaan merampas kuasa yang tidak menjadi.
Hari ini, PR telah pun mempelajari sesuatu dari siri kegagalan
di atas iaitu merampas kuasa melalui pemberontakan besar-besaran adalah sukar
kerana majoriti rakyat Malaysia termasuk penyokong mereka tidak sanggup
meninggalkan keselesaan di rumah dan lebih gemar ‘berdemonstrasi’ di alam maya,
di bawah nikmat penghawa dingin di bilik tidur, pejabat atau diruang tamu rumah
masing-masing.
Oleh itu, PR memerlukan satu impak yang jauh lebih besar
dari sekadar laungan rasuah dan pilihanraya tidak bersih bagi membangkitkan
kemarahan rakyat.
Justeru, apakah yang lebih besar itu? Tidak lain tidak bukan, ia haruslah
melibatkan insiden ancaman terhadap ‘nyawa’ manusia.
Kita sudah melihat bagaimana soal ‘nyawa’ mampu menggerakkan
satu insiden besar. Contohnya, berita
palsu mengenai insiden rogol dan bunuh seorang wanita beragama Buddha oleh
penduduk Islam Rohingya mampu membawa kepada penghapusan etnik kaum itu di
Myanmar.
Lebih mencurigakan kita ialah apabila media pembangkang,
Harakahdaily, telah terlebih dahulu ‘membela diri’ dengan membangkitkan perkara
ini semalam. Tindakan media itu
seolah-olah mengesahkan bahawa insiden sebegini sudah berada di dalam
perancangan PR.
Harakahdaily memetik kejadian bekas Presiden Taiwan, Chen
Shui Bian yang ditembak sehari sebelum pilihanraya ketika berkempen di
Tainan. Dalam kejadian tersebut,
Presiden Chen and Naib Presiden Annette Lu sedang melalui kawasan sesak apabila
peluru menembusi cermin kenderaan mereka dan menusuki perutnya. Satu lagi peluru menengenai lutut Naib
Presiden Lu namun tidak menyebabkan kecedaraan parah kerana lututnya telah
sedia berbalut akibat kecederaan lain sebelumnya. Kedua mereka tidak mengalami kecederaan
serius di mana Presiden Chen hanya menerima jahitan sepanjang 4.3 inci.
Aktiviti kempen dihentikan tetapi parti mereka berjaya
memenangi pilihanraya dengan majoriti 29,500 undi. Para penentang mereka menuduh kejadian itu
sebagai ‘lakonan’ bagi mendapat undi simpati.
Siasatan forensik awal yang dijalankan tidak dapat menentukan sama ada
ia hanya lakonan atau tidak. Akhirnya,
polis mengenalpasti seorang suspek iaitu Chen Yi-Hsun, yang mana telah dijumpai
membunuh diri sejurus selepas kejadian tersebut.
Berikutan itu, persepsi bahawa kejadian tersebut adalah
dirancang oleh Presiden Chen sendiri tidak dapat dihapuskan. Walaupun memenangi pilihanraya itu, beliau
kemudiannya ditumbangkan dalam pergolakan pada tahun 2008 dan dipenjara selama
19 bulan atas kesalahan rasuah.
Perlu diingatkan bahawa matlamat utama kejadian ini ialah,
‘simpati’.
Seperti yang dikatakan tadi, pelik sekali apabila
Harakahdaily memilih untuk membangkitkan isu ini, dan pada waktu ini.
Dengan hakikat bahawa terdapatnya tangan-tangan asing di
belakang PR yang menaja misi pertukaran rejim, maka secara automatik nyawa
manusia bukanlah satu masalah besar bagi mereka. Perlu diingatkan bahawa semua pemberontakan
yang ditaja oleh pihak asing ini akan pasti
berhadapan dengan tragedi kehilangan nyawa kerana itulah satu-satunya
cara untuk mempercepatkan proses pemberontakan dan kejatuhan kerajaan.
Sepanjang tempoh berkempen ini kita telah melihat insiden
letupan, kebakaran dan juga pergaduhan.
Maka bagi menaikkan momentum kegilaan ini, kita menjangkakan insiden
tembakan ke atas personaliti yang signifikan di kalangan pemimpin PR
sendiri. Ia tidak semestinya membawa
kepada kehilangan nyawa, tetapi cukup sekadar mengancam nyawa bagi meraih undi
simpati selain menaikkan kemarahan orang ramai.
Seterusnya, dalam sekelip mata, kejadian tersebut akan
diheboh dan diperbesarkan di internet oleh tentera kacang merah DAP sehingga ia
berjaya membawa mereka turun berdemontrasi, mengganas, memberontak dan
seterusnya menumbangkan kerajaan.
Walaupun kita telah lama mengesyaki strategi ini, tetapi
dengan laporan Harakahdaily itu, kita merasakan yang insiden ini hampir pasti
akan berlaku. Soalnya sekarang nyawa
siapakah yang paling signifikan untuk diperjudikan PR bagi menaikkan kemarahan
penyokong mereka.
Read more here
No comments :
Post a Comment