Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 9, 2013

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Apa Kaitan DAP Dengan Pembunuhan Altantuya?



Inilah gaya kempen DAP di Kuching masa PRU 13
Kes pembunuhan Altantuya telah lama selesai seiring dengan selesainya isu scorpene yang mendedahkan penipuan SUARAM iaitu NGO yang didalangi Pakatan Rakyat. Walaupun ada yang masih tertanya-tanya siapakah yang memberi arahan bunuh, namun, mengikut bukti, saksi dan undang-undang ia adalah selesai.

Dari situ, pembangkang membuat kesimpulan dengan menuduh bahawa dalangnya ialah kerajaan, atas motif hubungan sulit yang bertukar menjadi ‘gangguan’. Dari mana pembangkang mendapat kesimpulan ini sedangkan tiada satu pun saksi atau pun bukti yang boleh mengaitkannya dengan kerajaan?

Jawapannya ialah kesimpulan ini dibuat dari pembohongan yang dimulakan oleh Raja Petra Kamaruddin. Bagaimanapun, RPK telah pun membuat U-Turn dan mengaku bahawa beliau hanya mereka cerita berdasarkan arahan dan dengar cakap.

Namun, walaupun RPK telah membuat pengakuan tetapi pembohongan PR mengenai kes ini terus berkembang. Antaranya:

1. Chegubard menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah sendiri yang membunuh Altantuya, menembak anak dalam kandungannya dan meletupkannya. Sedangkan, pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah sedang menghadiri program buka puasa dengan anak yatim dan gambar serta berita mengenainya juga telah direkodkan oleh media massa.

2. Dato’ Seri Najib punya hubungan dengan Altantuya dan gambar mereka berdua di satu majlis pun disebarkan. Sedangkan Dato’ Seri Najib telah bersumpah mengikut cara Islam sebanyak 3 kali bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan gambar tersebut juga dibuktikan sebagai di-edit-tampal atas pengakuan Tian Cuan sendiri dengan lemah sekali sehingga boleh dilihat dengan mata kasar.

3. SUARAM menyatakan yang Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian scorpene. Sedangkan urusan jualbeli scorpene diadakan dalam Bahasa Inggeris dan tidak perlukan penterjemah.

4. SUARAM mengeluarkan nama mereka yang bakal disapina oleh mahkamah Perancis. Sedangkan pihak mahkamah Perancis sendiri membuat kenyataan bahawa aduan SUARAM telah ditolak sejak dari mula kerana tidak berasas, oleh itu tiada kes mengenainya.

5. PR mewar-warkan gambar Altantuya di Perancis konon diambil pada tempoh waktu urusniaga scorpene sedang berjalan. Sedangkan polis Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada rekod langsung tentang kemasukan Altantuya ke Perancis dalam tempoh tersebut.

Maka, jelaslah bahawa semua kisah-kisah mengenai penglibatan Perdana Menteri dan isteri atau kerajaan dalam pembunuhan Altantuya hanyalah pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun, malang sekali kerana kematian Altantuya adalah benar.

Melihat dari senarai pembohongan yang disebarkan oleh pembangkang berdasarkan kes ini, maka jelaslah bahawa motif Altantuya dibunuh adalah untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri!

Siapakah yang mempunyai motif sedemikian? Sudah tentulah pembangkang. Siapakah di antara pembangkang yang sanggup melakukannya? Ini sudah tentu merupakan satu persoalan yang perlukan pemerhatian dan siasatan yang lebih mendalam.

Tiada keraguan lagi bahawa Anwar Ibrahim adalah ahli politik ‘Anugerah Tuhan’ yang ‘tiada taranya’ dan ‘tiada yang sepertinya’. Tetapi, kita juga tidak ragu-ragu lagi bahawa DAP adalah yang paling licik di antara ketiga-tiga parti sekutu Pakatan Rakyat.

DAP dan Anwar/PKR saling bersaing untuk memperalatkan sesama sendiri. Beza DAP dan PKR ialah PKR berjuang untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri sementara DAP berjuang untuk Dinasti Lim dan seluruh bangsa Cina di Malaysia yang menyokong kepimpinan mereka.

PKR bergerak secara meraih simpati dan kukubesi dan DAP pula bergerak secara kukubesi dan cara kongsi gelap.

Sikap samseng DAP jelas boleh dilihat walaupun hanya melalui media maya. Lihat sahaja bagaimana tentera Red Bean Army DAP mencaci, mengugut malah berusaha menutup periuk nasi sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan dan menentang mereka. Itu belum lagi dikira ugutan secara nyata seperti yang didedahkan oleh bekas ahli mereka iaitu Shen Yee Aun sehinggakan ramai mangsa takut untuk melaporkannya.

Kecurigaan kita terhadap DAP semakin meningkat apabila papan tanda mengenai kes Altantuya dikesan diKuching beberapa hari menjelang pilihanraya. Di papan tanda itu, terpapar jelas logo DAP. Sedangkan, selama ini yang menjadi juara kes ini adalah PKR dan bukan DAP.

Justeru, mungkinkah DAP sebenarnya terlibat secara langsung tetapi membiarkan PKR sahaja yang memainkannya sebagai langkah menyelamatkan diri sekiranya segala pembohongan terdedah? Sudah tentulah papantanda haram itu diturunkan oleh Majlis Bandaraya Kuching tetapi PR kemudiannya memainkan isu kononnya ia diturunkan kerana kerajaan takut pula.

Hakikatnya, kerajaan tidak perlu takut, tetapi hanya mengikut undang-undang untuk tidak membenarkan papantanda haram dipasang di tepi jalan. Sebenarnya, ada pihak di dalam PR sendiri yang sangat takut jika PR tidak menang dalam PRU ini dan kes Altantuya timbul semula.

Kerana itu, tidak boleh tidak, PR perlu menang PRU ini supaya mereka boleh terus menutup kisah sebenar di sebalik semua pembohongan mereka. Kerana itu juga mereka sanggup merusuh dan menghancurkan negara jika tidak menang pilihanraya.

Untuk itu, semua rakyat diminta berjaga-jaga dan jangan mudah terhasut untuk berdemonstrasi di jalanraya. Undi anda rahsia, undilah dengan bijaksana. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.