Anwar
Ibrahim dinasihat agar bermuhasabah kelemahan diri dan menerima keputusan
Pilihan Raya UMUM ke 13, bukannya memperguna rakyat untuk agenda diri dan
kerabat.
Saranan
pedas ini dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam twitternya
sebentar tadi. Ini merupakan tamparan keras kepada Anwar kerana kenyataan ini
dibuat ketika Anwar sedang berucapa di hadapan 35 ribu penyokongnya di Stadium
Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini bagi membantah keputusan pilihan
raya.
Anwar
mendakwa Pilihan raya ini tidak adil dan terdapat banyak penyelewengan. Namun
Azmin Ali yang bosan dengan tingkah laku Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak hadir
ke majlis tersebut malah menulis di twitternya membantah tindakan Anwar.
Sebagai
orang kanan Anwar sejak 1990-an sehingga sekarang, kenyataan Azmin sejak malam
tadi yang mengkritik keras tindakan Anwar mahu mengadakan demontrasi baru
tentulah sangat memalukan.
Malah Azmin
secara terbuka mengingatkan Anwar supaya melakukan muhasabah diri mengapa
Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya kali ini. Azmin turut mengingatkan
Anwar agar tidak mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga. Credit
No comments :
Post a Comment