Pengundi
Hantu: Budak-Budak Pakatan Rakyat Yang Bodoh Mai Baca Sini
Kalau bodoh,
cari ilmu, jangan dengar cakap Anwar Ibrahim pembohong tu. Berikut ialah
pandangan dan pengalaman ejen-ejen Pilihan Raya Umum ke -13
Assalamualaikum.Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad diatas komentar sebagai seorang Counting Agent(CA).Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia.Ya,mmg pnjg tulisan sy.Tetapi kalau nak tahu,sila baca.Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini.Untuk pengetahuan semua,setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan didalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis. Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi.Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi(TM).Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP).Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi.Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi.Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsiaSetiap jam saya merekodkan bilangan pengundi dan diminta melaporkan bilangan supaya ia sama dengan jumlah kertas undi didalam Peti Undi.Sehingga jam 5 petang semasa Pusat Pengundian ditutup, Ejen yang sama telah melihat keadaan dimana mulut Tong Undi tersebut ditutup dan dimeterai.Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini.Kemudian Borang 13 (Final) disediakan sebagai bukti bilangan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan bilangan yang sepatutnya berada didalam Peti Undi.Seterusnya diserahkan kepada Ejen. Baki kertas undi/tidak digunakan sekali lagi dimeterai oleh Ejen dan diletakkan didalam Sampul 1.so, dah meterai oleh ejen,kami nak buka balik?Isu pengiraan undi/blackout? Kemudian, tepat jam 5pm Ejen Mengundi (Polling agent) bertukar tangan kepada Ejen Mengira (Counting Agent).Untuk makluman, pengiraan undi dilakukan di TEMPAT MENGUNDI tanpa dibenarkan Peti Undi dibawa ketempat lain melainkan kes-kes tertentu (luar Bandar/hutan) tetapi masih ejen akan ikut sama dan Borang 13 yg tercatat No Siri kekal ditangan Ejen.Prosedur pertama ialah setiap kertas undi dituang dan dikira satu-persatu dihadapan ejen supaya bilangan sama dengan Borang 13. Jika ada Kertas undi terlebih, Jadual 3 boleh digunakan oleh Ejen Pengundian untuk bantahan.Undi dikira dan sudah pasti terdapat pertikaian antara Ejen-Ejen sehingga melewatkan pengiraan undi.Korang nak gaduh-gaduh la,bertumbuk caci mencaci biasala tuh.Tetapi disini kuasa KTM diperlukan dan ia muktamad untuk menentukan undi ragu.Ya.Saya kurang bersetuju dengan arahan oleh SPR bahawa calitan dilakukan sebelum pengundi menandakan kertas undi.Di saluran saya sendiri terdapatnya situasi calitan terkena kertas undi. Tetapi saya membuat keputusan,selagi kesan dakwat tidak mencacatkan Kertas Undi dengan kuasa yang diberikan, saya menerima kertas undi tersebut.Ini soal teknikal.Selesai pengiraan undi BORANG 14 disediakan dengan jumlah bilangan undi/keputusan.Ejen akan mendapat sesalinan dan juga disahkan.Sesalinan dimasukkan kedalam Sampul 7 dan sekali lagi dimeterai oleh Ejen untuk diberikan kepada Pusat Penjumlahan Undi.Tidak mungkin keputusan dapat diubah sedangkan Ejen mempunyai salinan pendua. Kertas Undi dimasukkan kedalam Sampul 6 dan dimeterai Ejen lagi. Sampul 1(baki kertas undi) dan Sampul 6(kertas undi yg dikira) di masukkan kedalam Peti Undi dan dimeterai untuk kali terakhir untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan.Bagaimana kesemua PEMETERAIAN DIBUAT? Tanya Ejen sendiri.kan korg kononnye nak tau sgt kan.bukan mudah,kena ikat itu ini,tampal pelekat security,ikat seal SPR lagi.Ingat senang?Isu Peti Undi Tambahan? Untuk ke Pusat Penjumlahan undi,kami diescort sekali lagi oleh Polis dan tidak diberi peluang untuk mengisi minyak/dipintas oleh mana-mana kereta sehinggalah sampai ke Pusat Penjumlahan. Sepanjang jalan dikiri kanan para penyokong fanatik tegar menendang2 kereta,mengetuk cermin,melontar botol air,menjerit SPR barua,macai,penipu besar,pembohong dan lain-lain lagi.Ikutkan hati nak dilanggar je.nasib anggota polis menenangkan saya.Selepas selesai penyerahan Peti Undi dan BORANG 14 jumlah akan dipaparkan di layar projector dan para Ejen boleh melihat jumlah sama atau tidak sepertimana keputusan pengiraan di Tempat Pengundian. So, di mana berlaku Peti undi yg tiba2 datang sedangkan jumlah pada Borang 14 telah dipaparkan?masa bila saya nak kira kertas undi baru sedangkan semua Kerani Pengundian dah balik?Bayangkan sehari sebelum pengundian kami diminta mengira peralatan,menyusun atur meja,memastikan aliran keluar masuk pengundi sehingga bekerja lewat malam dan kemudiaannya dihari pengundian bangun seawal 4.30 pagi sehingga proses pengundian selesai dan berada di Pusat Penjumlahan sekiranya ada bantahan dari Ejen sehingga jam 2-3 pagi esoknya.Itu belum dikira taklimat/kursus/seminar yang kami terPAKSA hadiri.Sudahlah penat dari awal pagi ke tengah malam, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih..fahamilah perasaan kami…bayaran kami TIDAK LANGSUNG setimpal dengan apa yang kami lakukan.Saya sendiri kakitangan swasta dengan jawatan Profesional dengan gaji berkali2 ganda. Namun, saya ikhlas melakukan demi memastikan prinsip Demokrasi sentiasa menjadi tunjang Negara.Ini kali kedua saya menjadi Petugas SPR dan memang banyak penambahbaikan telah dan boleh dilakukan(terutama masa calitan dakwat)Kalau ada isu Blackout, buat laporan polis,selidik betul2 kebenarannya.Jangan percaya bulat2.Jangan hanya berani bercakap dilaman sosial tanpa memahami SOP gerak kerja kami. Lihat dan rasai bagaimana tugasan kami.Kami petugas SPR bukanlah macai/barua/anjing/kuda/lembu mana2 parti. Kalau anda yang menyatakan SPR tidak telus, saya CABAR anda jadi petugas SPR untuk PRU akan datang! Wallahualam – Aizat Rahim
No comments :
Post a Comment