Hari
ini terpampang di dada akhbar mengenai kenyataan yang kononnya
mewakili PAS menegur Pengerusi DAP, Karpal Singh, supaya tidak
memberi kata dua pada rakan Pakatan Haramnya untuk membantah pindaan
perlembagaan Perkara 12 (4).
Perkara
berkenaan adalah berhubung status agama kanak-kanak di bawah
usia 18 tahun di mana ia menetapkan kurang daripada golongan yang
berusia 18 tahun ke bawah hanya dibenarkan memeluk agama Islam dengan
keizinan ibu, bapa atau penjaga.
Karpal
memang dari awalnya tidak setuju dengan kandungan perlembagaan ini.
Dia bantah. Dan kini dia mahu PAS dan PKR juga membantah apa yang DAP
bantah. Karpal memaksa PAS dan PKR setuju dengan agenda DAP mengenai
kesamarataan hak beragama?
Persoalan
saya, kenyataan yang kononnya mewakili PAS itu dibuat oleh Penolong
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan. Kenapa hanya pemimpin PAS
yang berjawatan rendah dan bukannya pemimpin utama PAS yang beri
kenyataan membantah Pengerusi DAP itu?
Mana
perginya Mursyidul Am PAS? Mana perginya Presiden PAS? Mana hilangnya
Timbalan Presiden PAS? Dan ke mana ghaibnya Setiausaha Agung PAS?
Apakah mereka semua dilanda penyakit “bisu” dan “bisul” di
lidah masing-masing?
Kenapa
hanya Penolong Setiausaha Agung PAS yang bersuara membantah Karpal
Singh? Pemimpin utama PAS bacul dan pengecut untuk berdepan dengan
peguam senior itu, kah?
Pada
hemat saya, ini adalah satu lagi helah PAS untuk bermain “wayang”
bagi mengambil hati para penyokongnya yang semakin ramai meninggalkan
parti itu.
Mungkin
mereka makin sedar tentang tindakan ramai pengikut mereka yang
meninggalkan PAS yang semakin hilang arah tuju, tidak mampu
mempertahankan dasarnya di dalam Pakatan Haram dan hanya mampu
menjadi “pak turut” di dalam gabungan parti pembangkang tidak
rasmi tersebut.
Sebelum
ini, kenyataan-kenyataan dari PAS mengenai perkara-perkara
kontroversi hanya dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Presiden,
Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan yang paling rendah
sekalipun akan diumumkan oleh Setiausaha Agungnya.
Tapi
kali ini, PAS hanya menghantar Takiyuddin untuk berdepan dengan
Presiden DAP? Pada saya, teguran dan tindakan melalui Penolong
Setiausaha Agung PAS itu memang sama sekali tidak serius
memperjuangkan kepentingan aqidah umat Islam.
Sepatutnya,
PAS dan PKR tidak mementingkan kepentingan politik apabila pindaan
perlembagaan yang bakal dilaksanakan kerajaan BN itu melibatkan
kepentingan umat Islam. Mereka patutnya menyokong usul dari Kerajaan
BN tersebut.
Dan
mungkin kerana usul pindaan itu datangnya dari Kerajaan BN, dan
ditentang oleh DAP, PAS rasa serba salah untuk menyokong dasar
pindaan yang memastikan kepentingan aqidah umat Islam itu
terpelihara? Mana pendirian PAS berhubung usul ini?
Sekiranya
PAS benar ikhlas membela kepentingan umat Islam, tak perlu tunggu
Takiyuddin menegur Karpal, Nik Aziz yang berada di Kelantan pun
awal-awal lagi boleh keluar kenyataan menghentam Pengerusi DAP itu,
bukan?
Malah
Hadi, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mustapa
Ali pun dari awal lagi boleh “membelasah” Karpal secara berdepan
di Parlimen. Kalau mereka boleh hentam BN secara berdepan, mengapa
tidak berani hentam Karpal di depan semua orang? Takut pada Karpal?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment