Sebetulnya
saya tidak tahu bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menguruskan
kebanjiran pusat-pusat hiburan yang tumbuh subur sejak Pakatan Haram
menjajah negeri itu kira-kira lima tahun yang lalu.
Mungkin mereka
uruskan hal tersebut dengan menggunakan kepala lutut!
Baru-baru
ini, Exco Kerajaan Negeri berkaitan, Teng Chang Kim menyalahkan
rakyat Selangor yang tidak memberikan maklumat pada pihak berkuasa
tempatan (PBT) dalam usaha menangani pusat maksiat haram di negeri
itu.
Menurut
Chang Kim, hampir seribu premis hiburan dan rumah urut haram dikenal
pasti di seluruh Selangor dan pihaknya mengaku telah hilang kawalan
bagi menangani gejala tidak sihat yang mengancam negeri termaju itu.
Pertamanya,
saya ingin bertanya Exco terbabit, siapakah yang bertanggunjawab
dalam hal mengawal pusat-pusat hiburan, maksiat, judi dan rumah urut
haram itu? Atau lebih tepat lagi, siapa “boss” atau “dalang”
di sebalik kegiatan yang melanggar undang-undang PBT itu?
Rasanya
Chang Kim boleh bertanya sendiri pada Ronnie Liu. Bukankah sebelum
ini ramai pihak yang menuding jari padanya? Malah ada dakwaan yang
mengatakan bahawa Ronnie merupakan “taiko” yang melindungi
kegiatan kongsi gelap dan aktiviti tidak bermoral di sekitar
Selangor, bukan?
Pada
saya, Chang Kim tidak wajar sama sekali meletakkan kesalahan tersebut
di bahu rakyat. Rakyat tidak memberi maklumat yang lengkap pada PBT?
Biar betul!
Setahu
saya, sudah berkali-kali rakyat Selangor dan orang ramai mengadu
mengenai kegiatan premis-premis maksiat yang berleluasa di kawasan
masing-masing.
Malah
pihak media pula sering menerbitkan laporan-laporan yang “panas”
mengenai kegiatan maksiat yang berpunca dari premis-premis haram
tersebut. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali dilaporkan dalam
bentuk “investigative report”.
Saya
tertanya-tanya, dengan maklumat dan laporan yang meluas dari media,
apakah pihak PBT di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak dapat
berbuat sesuatu mengenainya?
Apakah
Chang Kim tidak dapat berfikir dengan otak dan akal bahawa pihaknya
boleh menubuhkan sebuah pasukan penyiasat bagi meneliti dakwaan orang
ramai dan menyiasat sedalam-dalamnya tentang kegiatan pusat-pusat
maksiat haram itu?
Seterusnya,
apakah Chang Kim meletakkan otaknya di bawah tapak kaki apabila tidak
dapat berfikir untuk mengambil tindakan tegas melalui hasil siasatan
pasukan khas tersebut?
Saya
menyarankan agar Chang Kim merekrut Unit Amal PAS untuk menyiasat
premis-premis hiburan dan maksiat di sekitar Selangor dan bertindak
bagi pihak kerajaan negeri. Unit Amal PAS sangat sesuai buat kerja
begini.
Lagipun,
bukankah Unit Amal PAS itu ditubuhkan untuk memerangi perkara mungkar
dan batil? Atau Unit Amal PAS memang bacul untuk menguruskan perkara
sedemikian? Atau Unit Amal PAS takut nak kacau periuk nasi Cina DAP?
Setahu
saya, maklumat mengenai kebanjiran pusat maksiat sama ada haram atau
berlesen di Selangor sudah menjadi isu panas sejak lima tahun lalu.
Malah
beberapa siri youtube turut menjadi viral panas menyindir sinis
Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang seolah-olah menjadikan negeri
itu sebagai Darul “Massage”. Takkanlah Chang Kim tidak perasan
tentang sindiran itu?
Jadi,
tunggu apa lagi? Pergilah sita mana-mana premis yang patut! Jangan
takut pada Ronnie Liu. Dia tak boleh buat apa-apa, dia sudah tidak
berjawatan besar dalam Kerajaan Pakatan Haram Selangor lagi. Atau
Chang Kim takut pada Ronnie Liu? Kalau takut, cakap sajalah takut…
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment