Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, July 9, 2013

Jihad Sedarkan Umat Islam Muslihat Jahat Parti PAS


kalimah allah 3 in 1








Kita tahu siapa sebenarnya PAS. Mereka merupakan parti politik yang mempergunakan sentimen agama Islam demi kepentingan politik keji mereka. Namun begitu tidak semua rakyat sedar akan hakikat ini.

Maka telah menjadi “fardu kifayah” untuk kita terangkan kepada bangsa Melayu akan “kelicikkan” PAS ini.  Setelah sekian lama bangsa Melayu diperbodohkan oleh parti PAS maka sudah sampai masanya kita ‘berjihad”  demi agama bangsa dan tanahair.

Kita tahu bahawa musuh Islam seperti DAP sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam.  Mereka telah menjalankan agenda menggoyangkan iman umat Islam sekaligus menghancurkan perpaduan supaya senang untuk mereka merampas Negara.

Oleh itu agenda memurtadkan bangsa Melayu telah giat dijalankan oleh DAP. Bagi memudahkan perlaksanaan agenda MURTAD maka mereka mengelirukan umat Islam dengan akidah ketuhanan bermula dengan penggunaan KALIMAH ALLAH. Dan ini disokong oleh parti PAS yang amat jijik.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama yang lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam juga telah terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Sekarang mereka cuba pula bersandiwara kononnya PAS  pembela Islam walaupun pada hakikat sebenarnya PAS merupakan pengkhianat terhadap agama Islam.

Begitu juga dengan usaha Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang berusaha  mengharamkan arak di ­premis serbaneka yang pernah dilakukan sebelum ini juga mendapat tentangan dari wakil Exco ­dalam PR termasuk PAS.

Malahan dikalangan orang Pas sendiri turut yang menyekat kemaraan mana-mana pihak untuk mene­gakkan agama Islam termasuk program mencegah murtad yang turut mendapat halangan dari pihak yang terbabit.

Sesungguhnya PAS tidak layak menggunakan nama Islam dalam nama parti mereka.  Sudah terlalu banyak kerosakkan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam maka  sewajarnya lah kita sebagai umat Islam yang bertanggungjawab menyedarkan umat Islam yang terpedaya dengan tipu muslihat parti PAS ini.


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.