MALAM tadi dikhabarkan Azhar Idrus, ustak yang terkenal kerana
melawakkan agama, bakal turun berkempen di Kampung Nangka, Kuala
Besut, berdampingan dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat
dalam satu pentas ceramah.
Bagaimanapun,
perlu disebutkan bahawa tidak ada jadual rasmi yang
menunjukkan Azhar Idrus akan berceramah ke situ, tapi
di kalangan orang PAS, cerita mengenainya
telah begitu dihebahkan ke pelusukdaerah sejak
dari hari penamaan calon lagi pada 12 Julai yang
lepas.
Oleh
yang demikian, jentera UMNO tetap bersiap sedia di lokasi
tersebut menanti ketibaan Ustak ini - kalau dia tiba.
Dalam
masa yang sama, Anwar juga katanya masih ada disini sehingga
esok dan dijadualkan berceramah di tapak bazar Ramadhan,
Kampung Baru, Kuala Besut. Ceramah Anwar semalam di Kg
Penaga tidak dapat sambutan, dengan maksimum 500 orang saja yang
hadir, itupun majoriti dibawa khas dari Kelantan, bukan orang Kuala
Besut.
Menariknya,
kehadiran 2 orang ini secara tak langsung menimbulkan
persaingan sesama pembangkang dari segi siapa lebih
mendapat jumlah audien yang banyak, Ustak atau Anwar.
Anwar failed dah
semalam, melihat kepada jumlah orang yang tidak seberapa,
hari
ini kita nak tengok Ustak ini macam
mana pulak ‘keramaian’ orang yang datang mendengar
lawaknya. Ingat, Ustak ini bawa 2 produk, melawakkan
agama dan politik sementara Anwar hanya ada satu
sahaja, politik.
Kalau
lebih ramai orang mendengar Ustak melawakkan agama,
maka confirmlah Anwar sudah makin hilang pesona
di kalangan orang Melayu. Depan orang Cina
kau bolehlah temberang, bila datang kawasan majoriti Melayu,
hilang aura kau. Elok Ustak ini saja yang
diambil memimpin Pakatan
pembangkang kalau macam itu sebab ceramah dia ada audien,
Anwar tarak.
Penulis
bagaimanapun yakin Anwar pasti mahu mengelak
dari dia dimalukan Ustak kalau kehadiran ceramah Ustak
mencecah ribu-ribuan, sementara dia semalam hanya ratus-ratusan
dan hari ini pulak bergantung
kepada pengunjung bazar Ramadhan disamping audien yang
PAS sediakan.
Silap-silap,
dengan pengaruhnya, kehadiran Ustak ini dibatalkan
bagi mengelakkan dia malu.
Takhairanlah kenapa cerita Azhar Idrus datang ini macam angin lalu di tepi telinga saja, tak siapa bolehconfirm.
Apa
pun, penulis tak sabar menunggu malam, nak tengok kesudahan
pada pertandingan antara 2 jaguh bercakap ini berakhir
macam mana, atau seperti yang penulis jangka, pengaruh
politik Anwar menyaksikan kehadiran Azhar Idrus
dibatalkan pada saat akhir.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment