Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 17, 2013

Berita Tergempar Dari Lahad Datu

Pendedahan seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian pada Februari lalu amat menggemparkan negara.

Ia menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila memikirkan mengenai anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam kejadian yang sepatutnya mungkin dapat dielakkan.

Berapa lama pula agaknya keselamatan negara kita berada dalam keadaan bahaya berikutan kegagalan perisikan dan komunikasi antara Kuala Lumpur dengan Sabah.

Perkara ini terdedah apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir yang memberitahu Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah, semalam, bahawa beliau ada bertemu dengan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mat pada Februari lalu dan memberitahunya mengenai rancangan pencerobohan darat oleh penceroboh bersenjata.

"Saya diberitahu bahawa Lahad Datu adalah sasaran utama penceroboh bersenjata itu dan isu itu adalah rahsia besar. Saya diberi amaran supaya tidak membocorkan berita mengenai isu itu," katanya di hadapan lima panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Bagaimanapun, saksi ke-177 itu berkata:"Tindakan pantas polis mengepung pengganas Sulu yang bersenjata di Kampung Tanduo menghalang mereka daripada menyerang Lahad Datu."

Sumber lain mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa polis sudah tahu mengenai kemungkinan pencerobohan berlaku selepas pedagang maritim yang berulang-alik di perairan antara Sabah dan Filipina tidak kelihatan beberapa hari sebelum serangan pertama.

Bagaimanapun, tiada siapa yang memberi amaran di luar Lahad Datu.

Selama ini, rakyat Malaysia percaya bahawa pencerobohan itu adalah secara mengejut dan tidak ada pasukan keselamatan yang mencukupi untuk melindungi sempadan kita, terutama di kawasan sempadan yang terlalu dekat antara Sabah dan Filipina.

Malah, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penceroboh adalah orang tua tanpa senjata dan rundingan itu adalah tindakan terbaik untuk hari itu berbanding meletakkan risiko berlakunya pertempuran kecil dan insiden diplomatik antarabangsa dengan pengikut Sultan Sulu Filipina.

Tetapi, seseorang sudah tahu yang penceroboh akan tiba sebelum sambutan Tahun Baru Cina dan memastikan tidak ada orang lain tahu mengenainya. Kenapa?

Memandangkan polis mempunyai maklumat risikan mengenai kemungkinan pencerobohan, mereka tidak sepatutnya tidak bersedia apabila kononnya Tentera Raja Sulu muncul di Lahad Datu pada Februari 2013 dan tidak mungkin dua anggota polis VAT 69 di Ulu Kinta Perak - Sarjan Sabarudin Daud, 46; dan Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, maut atau enam lagi terbunuh dalam kejadian di Semporna.

Anggota polis dan barisan tentera berhak untuk marah atas kehilangan rakan seperjuangan mereka. Begitu juga rakyat Malaysia kini apabila mereka tahu polis sudah tahu mengenai pencerobohan itu lebih awal.

Selepas apa yang didengar di RCI semalam, adalah sangat penting untuk kerajaan mengadakan RCI kejadian Lahad Datu. Bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa tidak ada seorang pun yang menjangkakan bahawa adalah lebih baik untuk mencegah pencerobohan itu daripada membiarkannya menjadi penutup yang berdarah.

Dijangkakan kira-kira 235 militan Filipina melakukan pencerobohan itu untuk menghancurkan kehidupan rakyat Sabah serta keluarga anggota polis dan tentera yang terbunuh, tetapi, tidak ada sesiapa menghentikannya sebelum mereka boleh melakukannya. Kenapa?

Kejadian itu menyebabkan pergeseran antara dua negara berjiran dan mengingatkan semula Filipina tuntutannya terhadap Sabah. Mengapa ada orang yang membenarkan perkara itu berlaku?

Terlalu banyak persoalan dibangkitkan mengenai berita yang menggemparkan beberapa bulan selepas pencerobohan itu. Rakyat Malaysia perlu tahu kisah sebenar perkara ini kerana ia membabitkan kepercayaan kepada polis dan keselamatan nasional. ~the malaysian insider

Baca seterusya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.