Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, July 4, 2013

EKSKLUSIF..!!! PAS SOKONG PROKSI US DI MESIR..!!!?


Sebenarnya aku malu nak tulis pasal pergolakan dalaman yang semakin serius di negara Islam, Mesir. Ye laaa.. aku malu bila ada negara saudara seagama kita di sana huru-hara dan berpecah-belah, khususnya pasal politik...

Tapi aku kena tulis jugak kali ini. Bukan apa, aku nak share sikit pasal "rahsia" yang mengejutkan aku pada Kerajaan Mesir yang sekarang ni dipimpin oleh Presiden Mohamamad Morshi...

Menurut fakta...



Kerajaan Mesir terima sebanyak USD71.6 bilion sejak tahun 1948 hingga tahun 2011. Pada tahun 2011 saja, Kerajaan Mesir terima dana "bantuan" sebanyak USD1.6 bilion. Dari siapa Morshi dapat? Dari US..!!!

Dengan jumlah tu, Mesir adalah negara kedua terbanyak terima dana dari US selepas Israel laknatullah. Itu faktanya...

Paling mengejutkan aku, Morshi ni adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang disokong kuat PAS dan Anwar Berahim sebelum ni. Morshi naik jadi Presiden lepas kerajaan lama Mesir digulingkan rakyat dalam suasana huru-hara dan mengorban ratusan nyawa rakyat...

Kononnya, bila Morshi dari Ikhwanul Muslimin naik jadi Presiden, Mesir akan aman dan maju. Tiba-tiba pulak sekarang ni rakyat Mesir marah kat dia. Bukan 10 orang yang marah, malah lebih 500,000 rakyat berdemonstrasi ganas suruh Morshi letak jawatan...

Sampai sekarang, Morshi masih lagi Presiden Mesir dan belum letak jawatan. Sementara itu, PAS pula baru-baru ni memberikan sokongan moral pada penerima dana US tu...heh! Pelik! PAS sokong pemimpin pilihan US? 

Tiba-tiba pulak PAS sokong penerima dana kedua terbanyak dari US nihhh..??? Pelikkk...


Aku ingatkan PAS ni anti-US. Rupanya depa sekarang ni dah tukar...dah jadi pro-US pulakkkk.. Heiiii... Macam-macam la PAS ni lepas join Pakatan Haram...

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.